Pembukaan Semula Panggung Wayang GSC, MBO, Dan Paragon Cinemas Di Malaysia

VIRAL
December 09, 2020 - 03:53 PM


Baru-baru ini kerajaan telah membuat keputusan untuk mengangkat status PKPB di beberapa buah negeri di Malaysia. Sejurus daripada itu, mereka juga membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas negeri ke kawasan-kawasan selain zon merah. Sehubungan dengan itu, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengumumkan untuk membuka kembali pawagam mereka pada 16 Disember 2020.

GSC akan membuka pawagam mereka di 9 lokasi iaitu Kedah, Penang, Melaka, Pahang, Sarawak, dan Putrajaya bermula dari pukul 6 petang minggu hadapan. Segala perubahan akan dimaklumkan pada masa akan datang di sini. Selain GSC, MBO Cinemas juga akan buka pawagam mereka pada tarikh dan waktu yang sama di beberapa lokasi lain.

Korang boleh pergi ke Central Square SP, Taiping Sentral Mall, Melaka Mall, Kuantan City Mall, Kluang Mall, atau The Spring Kuching untuk tengok wayang MBO. Ini kerana lokasi-lokasi ini tidak berada di dalam PKPB. Untuk segala perubahan lain, korang boleh pergi ke laman Facebook mereka. Selain MBO Cinemas dan GSC, Paragon Cinemas juga dah buka kembali pawagam mereka. 

Paragon Cinemas agak unik sikit kerana mereka telah pun membuka kembali pawagam mereka di KTCC MALL, Batu Pahat Mall, dan Alor Star Mall pada 26 November 2020 yang lalu. Nampaknya tinggal TGV Cinemas sahaja yang belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Apa pun, korang mesti tak sabar nak tengok wayang balik kan? Dengan cerita Wonder Woman 1984 keluar Disember 17, memang cun habis waktu pembukaan semula pawagam di Malaysia ni!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah