Perkhidmatan Feri Kuala Perlis-Langkawi Dibuka Semula

VIRAL
February 26, 2021 - 06:20 PM


Bermula esok, Sabtu (27 Februari) -- perkhidmatan feri untuk pelancong dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Pulau Langkawi akan dibuka semula kepada penumpang.

Pembukaan laluan masuk ke Langkawi melalui Terminal Penumpang Feri Kuala Perlis itu adalah bagi memenuhi permintaan pelancong ketika ini.

Bagaimanapun, hanya satu trip perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kepten Baharin Baharom, berkata bagi laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu trip perjalanan menjadikan dua trip perjalanan sehari.

Katanya, pihaknya turut mengharapkan larangan rentas negeri akan dibuka semula supaya lebih banyak trip perjalanan dapat diadakan.

"Mengikut rekod, perjalanan melalui Terminal Penumpang Kuala Perlis adalah sebelum ini adalah 10 trip sehari manakala kemasukan melalui Terminal Penumpang Kuala Kedah, lapan trip sehari.

"Penambahan trip perjalanan ini diharap dapat membantu industri pelancongan Langkawi yang hampir mati ketika ini dan membuka kembali peluang pekerjaan di sektor pelancongan, peruncitan dan perhotelan di Langkawi," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, perkhidmatan feri dari Kuala Perlis dihentikan selaras larangan merentas negeri dan daerah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Operasi feri hanya dilakukan di Terminal Feri Kuala Kedah namun semua penumpang perlu menunjukkan surat kebenaran merentas daerah atau negeri yang dikeluarkan oleh polis.

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah