Salji Turun Di Gunung Kinabalu!
VIRALFebruary 28, 2022 - 03:18 PM
Sekurang-kurangnya, 154 pendaki berserta malim gunung menjadi antara yang bertuah apabila dapat menyaksikan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu, pagi Isnin.
Mereka yang berada di sekitar Sayat-Sayat check point sedang dalam pendakian ke puncak terpegun melihat kejadian yang jarang sekali berlaku itu secara langsung.
Keterujaan itu mendorong mereka untuk merakam kejadian itu sebelum memuat naik ke media sosial, yang kemudian mendapat perhatian warga media sosial.
@mrk_ranau2021 Snowing on top of kinabalu !!! @erasabah #fyp #share #borneo #kinabalu ♬ Sunset Lover - Petit Biscuit
Katanya, fenomena yang berlaku pada jam 6.40 pagi itu direkodkan selama dua minit.
Justinus turut berkata, pada sekitar jam 2 hingga 10 pagi Isnin, suhu yang dilaporkan di gunung itu adalah 6.9 hingga 12.3 darjah Celcius.
“Suhu ini lebih sejuk daripada biasa pada tahun ini, kebiasaannya (dalam rekod) kami, suhu direkodkan pada 7.5 Celcius. Jadi, penurunan berlaku, kelembapan pula ialah di antara 52 dan 62 peratus dan ini direkodkan sekitar jam 2 pagi dan 10 pagi, jadi kelembapan itu adalah lebih daripada biasa,” katanya.
Fenomena itu sempat dirakamkan oleh pelatih laluan Via Ferrata, Hajiri Sulumin, ketika sedang menunggu pendaki turun dari puncak Gunung Kinabalu.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah