Sedihnya! Tiada Lagi Bebola Nasi Ayam Ee Ji Ban
VIRALMarch 24, 2022 - 04:42 PM
Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang datang dari pelbagai budaya dan bangsa. Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi ayam. Terdapat satu restoran ini yang menjadi terkenal apabila ramai artis Malaysia datang menikmati 'signature' dish mereka iaitu bebola nasi ayam!
Restoran tersebut adalah Ee Ji Ban Chicken Rice Ball, restoran yang menyediakan makanan Cina yang halal dan antara menunya yang paling terkenal adalah bebola nasi ayam.
Bagaimanapun, terdapat satu berita yang menyedihkan. Melalui laman Facebook kedai makan tersebut, mereka mengumumkan mereka telah menamatkan operasi bermula 21 Mac lalu.
Rata-rata peminat restoran tersebut meluahkan rasa sedih, malah ramai juga yang mempersoalkan penutupan kedai makan tersebut kerana ia sudah menjadi seperti sebuah tarikan pelancong dalam dan luar negara.
Setakat ini, masih belum ada kepastian mengapa restoran itu ditutup dan tiada pengumuman lain daripada pihak restoran itu juga.
Sumber: Lobak Merah
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah