Semua Fasiliti Awam Di Bawah MOTAC Diarah Tutup Sehingga 30 April
VIRALApril 15, 2020 - 01:20 PM
Semua fasiliti awam di jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) diarah tutup sementara berkuat kuasa serta merta hingga 30 April ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan arahan penutupan itu dikeluarkan dengan mengambil kira kesihatan awam serta mengekang penularan wabak COVID-19.
"Semua ketua jabatan dan agensi telah diarahkan menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfeksi di semua ruangan kunjungan ramai,” katanya.
Premis yang terlibat adalah Jabatan Muzium Malaysia, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia.
Dalam pada itu, Nancy menyeru orang ramai untuk turut serta dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah