Seramai 13 Warga Asing Bergelang Putih Pergi Kedai Runcit Selepas Swab Test

VIRAL
February 03, 2021 - 11:21 AM


Sekarang ni bukan boleh buat main, kes COVID-19 di negara kita mencanak-canak naik sehingga mencecah lebih dari 5000 kes. Jadi tidak hairanlah apabila rakyat Malaysia bengang dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh 13 warga asing di Kota Tinggi baru-baru ini. Mereka dilihat memakai gelang putih tetapi masih lagi pergi ke kedai runcit seperti biasa.

Laporan yang ditulis di Facebook Polis Daerah Kota Tinggi menyatakan bahawa tindakan pantas dari netizen yang menularkan gambar di laman sosial dan membuat laporan telah membantu pihak PDRM Kota Tinggi dalam menahan warga asing yang terlibat. Sebaik sahaja maklumat diterima, rondaan segera dilakukan oleh pasukan Task Force Covid-19 IPD Kota Tinggi.

Pihak PDRM berjaya menahan 13 individu tersebut yang terdiri dari 4 orang lelaki dan 9 orang wanita di sekitar kawasan rumah kedai di taman berkenaan. 13 warga asing tersebut didapati mempunyai gelang kuarantin yang telah diberikan oleh pihak KKM dan baru sahaja selesai menjalani swab test berkaitan Kluster Jalan Lombong. Alasan yang diberikan adalah mereka ingin memberi barang keperluan sebelum menjalani kuarantin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kesemua warga asing tersebut diarahkan untuk pulang ke rumah dan beliau kan memastikan pasukan pemantauan terus melakukan rondaan agar semua yang terlibat dengan Kluster Jalan Lombong terus pergi ke alamat kuarantin yang telah ditetapkan.

Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah