Setelah Viral, Akhirnya DBKL Tutup Lubang 'Perangkap' River Of Life

VIRAL
January 24, 2022 - 12:48 PM


Kecoh menjadi bualan netizen apabila seorang pengguna TikTok memuatnaik satu video menunjukkan seorang anak kecil terjatuh ke dalam River of Life di Kuala Lumpur. Mujur, tindakan pantas oleh bapanya sendiri terus terjun demi menyelamatkan anaknya yang terjatuh itu

Suasana yang agak gelap dan malap itu menyebabkan keluarga tersebut tidak sedar akan lubang yang berada berdekatan dengan pagar diruang pejalan kaki di River of Life. Dari segi rekaan, memang tidak masuk akal dan menjadi persoalannya apa fungsi lubang tersebut?

@natashaezzatyyy Reply to @putry_eyra.me ♬ original sound - Natasha Ezzaty ariffin

Isu tersebut telah berjaya meraih perhatian orang ramai dan netizen berasa bimbang dan marah dengan keselamatan di River of Life. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan sebagai orang dewasa pun boleh tidak perasan kewujudan lubang terbabit berdekatan dengan pagar.

Setelah viral video tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup sementara lubang di laluan pejalan kaki River of Life bersebelahan bangunan Sultan Abdul Samad dan kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah