Sunway Lagoon Tak Langgar SOP, Tapi 'Surf Pool' Untuk 1,000 Pengunjung Sahaja!

VIRAL
November 16, 2021 - 12:56 PM


Rakaman memaparkan pengunjung Taman Tema Sunway Lagoon sedang berhibur menjadi bualan ramai di media sosial.

Malah, timbul dakwaan berlakunya perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) khususnya dalam kawasan taman tema air (water park) berombak berdasarkan beberapa video yang dikongsi di TikTok dan Facebook.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata, jumlah kehadiran pengunjung dalam kejadian itu tidak melebihi had yang ditetapkan dalam SOP Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Pihak pengurusan Sunway Lagoon memaklumkan, seramai 40,000 orang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa manakala kapasiti mengikut SOP PPN Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang.

"Pada tarikh 6 November 2021, terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air berombak, manakala tempat tersebut boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu-satu masa dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Tambahnya, hasil perbincangan dengan pihak pengurusan Sunway Lagoon, taman tema tersebut dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah di dalam water park berombak pada satu-satu masa.

"Pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan ia dilaksanakan," katanya.

Sumber: Mstar

Artikel Terdahulu: Video Viral Taman Tema Popular 'Dibanjiri' Pengunjung, Polis Buka Siasatan!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah