Tak Sabarnya Nak Tunggu Tahun Depan, Ipoh Bakal Berwajah Baharu Gaiss!
VIRALSeptember 21, 2020 - 02:39 PM
Tidak dinafikan bahawa Ipoh, Perak merupakan salah sebuah destinasi pelancongan atau lebih tepat lokasi jalan-jalan cari makan yang selalu menjadi buruan pelancong tempatan dan luar negara.
Selain memiliki pelbagai makanan yang sedap dan lazat, Ipoh juga mempunyai beberapa tarikan yang tak kurang hebatnya untuk dikunjungi orang ramai terutama oleh warga kota berikutan jaraknya yang tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan korang, tahun depan 2021 -- Ipoh bakal berwajah baharu apabila beberapa penambahbaikan akan diperkenalkan Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan segi tiga Ipoh yang merangkumi Gunung Lang, Padang Ipoh, Kinta River Walk dan Taman D.R Seenivasagam.
Berikut antara beberapa projek menaik taraf yang bakal mengubah lanskap baharu Ipoh menjadi lebih happening untuk dikunjungi pada tahun depan :-
1) TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
- Beberapa aktiviti akan dilaksanakan seperti Flying Fox, Wall Climbing, Jungle Trekking, Remote Control Boat dan memanah
- Petting Zoo, Cave Exploration (Gunung Mat Soorat, Gua Tiga Bilik, Puteri Hang Li Po, Batu Buaya Timbul, Batu Bentuk Monyet)
2) PADANG IPOH
- Satu projek 'light & sound' oleh NCIA dengan kos RM3 juta
- Pencahayaan menarik serta 'water features' akan dibina
- Paparan maklumat tentang Bandaraya Ipoh dipancar pada layar utama
3) TAMAN D.R SEENIVASAGAM
- 'Ampitheatre' yang merupakan pentas atas air (peringkat rekabentuk)
- 'Insectopia' replikas serangga yang berwarna-warni dan bercahaya di waktu malam (peringkat rekabentuk)
4) KINTA RIVER WALK
- Akan dijadikan kawasan santai dengan pelbagai makanan dan aktiviti riadah dilaksanakan.
- Akan diterangi lampu-lampu pada waktu malam
- Projek ini akan dilaksanakan oleh pihak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) dengan kos RM3 juta.
- Malah, mulai 2 September lalu hingga 1 Januari 2021, kawasan Ipoh Riverfront dan Padang Ipoh juga telah mula ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf di kawasan yang terbabit.
Sumber: Media Viral Perak
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah