Tak Sempat Tonton Pembentangan Bajet? Ini Intipati Bajet 2022 Yang Korang Perlu Tahu!

VIRAL
October 29, 2021 - 05:39 PM


Setiap tahun seluruh rakyat Malaysia pasti ternanti-nantikan pembentangan Bajet oleh Kerajaan bagi mengetahui sendiri apakah manfaat yang bakal mereka dapatkan sebagai seorang warganegara.

Hari ini (Jumaat) -- kita sekali lagi mendapat peluang menonton pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membentangkan dokumen penting berkenaan di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang.

Ia merupakan belanjawan pertama yang dibentangkan sejak tampuk pemerintahan negara diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menjelaskan mengenai Bajet 2022, Tengku Zafrul berkata fokus pada tahun hadapan adalah lebih mencabar di mana fokus utamanya adalah memulihkan ekonomi negara yang 'tertangguh' pada 2021.

Ia ekoran situasi penularan Covid-19 yang terus kritikal sejak pembentangan Belanjawan 2021 setahun lalu.

Berikut merupakan Intipati Belanjawan 2022:

1) Bajet tahun 2022 akan bertemakan, "Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera".

2) Bajet kali ini mendokong 3 Paksi Utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.

3) Bajet 2022 akan menyediakan sejumlah RM332.1 bilion serta RM2 bilion lagi turut disediakan sebagai simpanan luar jangka. Ia meliputi :-

= RM233.5 bilion bagi belanja mengurus

= RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan

= RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19

Fokus Pertama: Rakyat Yang Sejahtera

Inisiatif 1: Bantuan tunai langsung dan kebajikan

- Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak RM2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurangRM 2,500 ringgit sebulan.

- Bantuan tambahan sebanyak RM500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 ringgit.

- Bantuan tambahan sebanyak RM300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu ata bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

- Kerajaan menyediakan RM25 juta ringgit kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi memimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak yatim.

Inisiatif 2: Akses kemudahan kesihatan awam

- RM32.4 bilion ringgit kepada Kementerian Kesihatan untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

- Tambahan RM4 bilion untuk meneruskan agenda menangani Covid-19 yang merangkumi RM2 bilion bagi membiayai program vaksinasi, manakala RM2 bilion disediakan bagi meningkatkan kapasit fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.

- Kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.

- Kerajaan menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk berusia 12 tahun dan ke atas.

- Kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

Sumber: Mstar

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah