Terminal Feri Antarabangsa Desaru Yang Baharu Dibuka 2021
VIRALJanuary 13, 2020 - 11:17 AM
Malaysia bakal mempunyai pintu masuk terbaharu yang menghubungkan 2 negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.
Pintu masuk yang dimaksudkan adalah Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Johor yang akan dibuka pada suku pertama tahun depan serta lengkap dengan kemudahan Imigresen, Kastam dan Kuarantin.
Terminal feri itu juga dijangka mampu mengendalikan 3,000 kedatangan penumpang pada tahun pertama operasinya.
Pihak terminal feri juga telah membuat permohonan untuk menghubungkan Johor dengan destinasi pelancongan yang semakin terkenal iaitu Kepulauan Bintan dan Batam di Indonesia.
Ia merupakan sebahagian daripada pembangunan fasa kedua projek Desaru Coast bernilai berbilion dolar yang turut membabitkan pembinaan pusat beli-belah, pangsapuri servis serta sekolah.
Pembangunan projek menerusi beberapa fasa itu meliputi kawasan seluas 3,900 ekar di sepanjang pesisiran pantai sejauh 17 kilometer dan berdepan dengan Laut China Selatan.
Desaru Coast telah dilancarkan pada 2012 dan dipromosikan sebagai destinasi percutian premium Asia Tenggara yang dilengkapi dengan hotel mewah serta kemudahan penganjuran acara dan persidangan.
Kemudahan seperti dua padang golf, tiga hotel dan taman air Desaru Coast Adventure Waterpark sudah beroperasi manakala satu lagi hotel akan dibuka tidak lama lagi.
Sumber: Bernama
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah