Tuduhan Bahawa 2 Orang Pelajar Maut Akibat Vaksin, Disangkal oleh Menteri Kesihatan
VIRALSeptember 29, 2021 - 05:09 PM
Baru baru ini tular satu klip video dari Tiktok yang menunjukkan seorang wanita mendakwa bahawa dua orang pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai meninggal selepas menerima vaksin Covid-19 mereka.
Over to you Mr @Khairykj . A responsible clarification is expected on the vaccination program for OUR U18 group. pic.twitter.com/00Xf0tQUmP
— Ir.Kumar (@skumar176) September 28, 2021
Dakwaan tersebut pantas disangkal oleh menteri kesihatan Khairy Jamaluddin dengan mengeluarkan satu tweet menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan punca kematian para pelajar tersebut.
Kenyataan Pengerusi CITF-A berkenaan video viral remaja meninggal dunia akibat kesan sampingan selepas menerima vaksin.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 29, 2021
Basically, the woman in the video who was speaking with her mask off flat out lied. pic.twitter.com/NgIwIDtOuX
Ketua Polis Pera, Datuk Mior Faridalathrash turut mmengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan memanggil individu dikaitkan dengan video tular itu bagi membantu siasatan kerana menyebar maklumat yang menimbulkan kegusaran awam.
Sebelum ini video berdurasi satu minit 38 saat tular di media sosial yang menunjukkan wanita sedang berucap kepada sekumpulan individu menuntut supaya pelajar sekolah tidak diwajibkan mengambil vaksin imunisasi Covid-19.
Wanita itu mendakwa dua kes kematian pelajar SMK Tasek Damai disebabkan vaksin Covid-19, selain menyebut dua lagi pelajar di lokasi berlainan dan ada remaja yang mengalami alahan serius.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah