Wow! 2030 Kita Puasa 2 Kali Setahun & 2033 Kita Raya Pun 2 Kali Setahun
VIRALJune 11, 2021 - 06:08 PM
Hari ini, 11 Jun 2021 merupakan hari terakhir kita berada di bulan Syawal.
Tahun ini kita agak kurang bernasib baik kerana tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah sebagaimana tahun-tahun sebelumnya disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing di negara kita.
Namun jangan risau kerana jika kita dipanjangkan usia -- korang tahu tak yang kita bakal menyambut 2 kali Hari Raya Aidlfitri pada tahun 2033, iaitu 12 tahun akan datang.
Jika mengikut perkiraan kalendar, Hari Raya Aidilfitri dijangka berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 3 JANUARI dan 23 DISEMBER pada tahun 2033.
Bukan sahaja hari raya, bahkan 9 tahun lagi iaitu pada tahun 2030 -- umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan sebanyak dua kali juga iaitu pada 6 JANUARI dan 26 DISEMBER tahun 2030.
Menurut sumber, keadaan 2 kali menyambut bulan puasa pada tahun tersebut adalah kerana bulan Ramadan diketahui ‘bergerak ke belakang’ 10 atau 11 hari setiap tahun mengikut kalendar bulan.
Menariknya untuk kita di Malaysia, tahun 2030 akan menjadi tumpuan memandangkan kita bakal menyambut 'DOUBLE CELEBRATION' iaitu perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri dengan hanya selang 2 hari sahaja.
Sambutan Tahun Baru Cina jatuh pada 3 Februari 2030 (Ahad), manakala Hari Raya Aidilfitri pada 5 Februari 2030 (Selasa).
P/S: Semoga kita semua beroleh umur yang panjang dan diberi kesihatan yang baik untuk merasai suasana berpuasa serta berhari raya 2 kali setahun yang sangat jarang berlaku.
Sumber: Odisi.my
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah