Wow, Malaysia Pun Bakal Keluarkan Vaksin Sendiri?

VIRAL
July 06, 2021 - 02:00 PM


Wow, siapa sangka negara kita juga bakal menghasilkan vaksin COVID-19 sendiri!

Vaksin COVID-19 yang dicipta di Malaysia adalah melalui kerjasama antara Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dijangka siap menjelang 2024.

Memetik laporan The Star, Pengarah IMR Dr Tahir Aris memaklumkan bahawa vaksin tersebut turut diciptakan sebagai suntikan ‘booster’ yang berkesan terhadap varian baru.

Atau dalam erti kata lain, mereka yang telah melengkapkan suntikan vaksin mungkin memerlukan suntikan ‘booster’ supaya kekal dilindungi dan ianya mungkin diperlukan bagi setiap tahun.

Langkah ini penting bagi mengekalkan pertahanan terhadap koronavirus, sekaligus mengelakkan Malaysia daripada bergantung sepenuhnya kepada bekalan vaksin yang diimport.

Tambah Dr Tahir, penghasilan vaksin tersebut juga mengambil kira Variant of Concern (VOC) seperti Delta dan berharap ia berkesan terhadap varian-varian baru.

Menurut Dr Tahir, perkembangan projek tersebut positif setakat ini dan vaksin itu akan melalui ujian pra-klinikal membabitkan haiwan mulai bulan depan di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh, Perak.

“Ujian-ujian itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum beralih ke ujian klinikal membabitkan manusia pada tahun depan. Justeru itu, kami berharap vaksin akan siap menjelang 2024.”

IMR kini sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19 dengan satu daripadanya merupakan vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) manakala satu lagi melalui pendekatan vaksin tidak aktif.

Vaksin jenis mRNA tersebut telah dihasilkan sejak November tahun lalu.

Sumber: Astro Awani
 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah