Perbaharui Insurans Kereta Anda Sambil Berpeluang Memenangi Ganjaran Lumayan
GAYA HIDUPNovember 23, 2021 - 06:05 PM
Tidak dinafikan kenderaan persendirian masih lagi Releven kerana tidak semua tempat mempunyai akses kepada pengangkutan awam. Kereta dan motosikal sering digunakan kerana kenderaan tersebut lebih selesa dan mudah untuk tiba ke destinasi yang ingin dituju seperti menghantar anak ke sekolah atau membeli barang keperluan di kedai runcit dan melakukan rutin harian kita.
Hampir setiap rakyat Malaysia yang bekerja mempunyai kenderaan persendirian, namun tidak ramai tahu cara yang mudah dan tepat untuk menjadi seorang pengguna jalan raya yang berhemah.
Saban hari, ada sahaja kes kemalangan jalan raya yang berlaku sehingga hampir meragut nyawa seseorang.
Walaupun anda memandu dalam keadaan cermat, anda tidak semestinya akan terlepas dari sebarang kemalangan kerana perkara sebegini tidak dapat dielakkan bak kata pepatah ‘Malang Tak Berbau’.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah bijak yang boleh anda lakukan sebagai seorang pengguna jalan raya iaitu dengan membeli insurans.
Sejak Covid-19 melanda, dunia kehidupan kita berubah dengan sekelip mata. Orang ramai tidak lagi gemar ke tempat yang sesak dan menyebabkan cara pembelian kita turut berubah sehingga ramai pengguna lebih gemar menggunakan platform pembelian dalam talian tanpa perlu memikirkan risiko jangkitan Covid-19.
Jika anda ingin memperbaharui insurans kereta tanpa terpaksa beratur panjang di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau tidak pasti untuk memilih insurans mana yang terbaik -- jangan risau Leading Innovative Technologies & Systems Sdn Bhd (LiTS) mempunyai jalan penyelesaian buat anda.
Ini kerana mereka kini menawarkan perlindungan yang boleh didapati secara dalam talian menerusi ‘Flexi Motor Protection’, di mana anda berpeluang untuk mendapatkan perlindungan kenderaan yang komprehensif di bawah pengunderaitan Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.
Pelan perlindungan Flexi Motor Protection ini merupakan satu perkhidmatan tambahan terbaru di dalam aplikasi Flexi Parking bagi memudahkan anda untuk membeli insurans secara atas talian sahaja.
Bukan sahaja membeli insurans kenderaan, malah aplikasi Flexi Parking turut menawarkan servis pembaharuan cukai jalan secara dalam talian juga.
Selain daripada lebih mudah, cepat, menjimatkan masa serta mengurangkan risiko anda daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19, dengan menggunakan aplikasi Flexi Parking ini juga anda boleh membayar tempat meletak kenderaan sama ada on-street atau off street.
Hanya menggunakan satu aplikasi, kesemua urusan melibatkan kenderaan anda boleh diselesaikan dalam sekelip mata! Menarik,bukan!
Lebih menarik, kini mereka menawarkan satu promosi hebat kepada anda yang telah memuat turun dan mendaftar aplikasi berkenaan sehingga 31 Januari 2022.
Anda layak untuk memperoleh RM100 Flexi Credit secara percuma setelah anda selesai memperbaharui insurans kenderaan melalui Flexi Motor Protection. Promosi ini hanya ditawarkan kepada mereka yang terawal sahaja, siapa cepat dia dapat!
Jadi tunggu apa lagi, cepat muat turun aplikasi Flexi Parking di Apple Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah