AirAsia Tambah Penerbangan Sempena Hari Malaysia

PROMOSI
September 04, 2020 - 03:40 PM


Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini yang akan diadakan di Sibu, Sarawak -- syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menambah penerbangan antara Kota Kinabalu dan Sibu selama tiga hari dari 15 hingga 17 September 2020.

AirAsia menyediakan satu penerbangan pada setiap hari di antara kedua-dua buah bandar tersebut dari 15 hingga 17 September 2020 dengan tambang serendah RM99* sahaja untuk sehala.

Tempahan itu kini telah dibuka menerusi airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

screenshot-docs.google.com-2020.09.04-09_51_31.png

Ketua Komersial AirAsia, Amanda Woo berkata AirAsia bangga menjadi penghubung para tetamu ke destinasi mereka dan ingin terus memainkan peranan ini sempena Hari Malaysia.

Penerbangan tambahan pergi balik dari Kota Kinabalu ke Sibu akan memudahkan perjalanan udara antara kedua-dua buah bandar tersebut terutamanya kepada pegawai kerajaan atau ahli perniagaan.

Selain itu, AirAsia juga mengendalikan penerbangan dari Kuala Lumpur, Kuching dan Johor Bahru ke Sibu.

Sumber: Newsroom AirAsia

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah