MR.DIY Tawar Potongan Harga Sehingga 50% Sempena Pembukaan Cawangan Ke-700 Mereka!

FEATURED
March 25, 2021 - 07:04 PM


Tanpa disedari kini sudah masuk tahun ke-16 peruncit perkakas rumah terbesar, MR.DIY bertapak di Malaysia. Dan tidak lama lagi, MR.DIY bakal membuka cawangan yang ke-700 di NU Sentral Shopping Centre! Sebagai tanda penghargaan buat sokongan dan dedikasi pelanggan mereka, MR.DIY bakal menawarkan diskaun hebat sehingga 50% di seluruh negara.

Tahniah Di Atas Pembukaan Cawangan Yang Ke-700 Kepada MR.DIY!!

Bersempena dengan sambutan pembukaan cawangan yang ke-700, diskaun sehingga 50% akan diberikan untuk barangan Jenama MR.DIY terpilih dari kategori barangan rumah, perkakasan, elektrik, sukan, dan permainan. Tawaran ini akan berlangsung dari 26 Mac hingga 4 April 2021. Antara barangan yang dimaksudkan adalah:

Tapi tunggu! Bukan tu je tau barangan yang mendapat tawaran istimewa ini. Barangan terlaris dalam kategori aksesori kereta, sukan, peralatan tulis, perkakasan, dan juga barangan rumah turut mendapat potongan harga yang hebat! Antaranya:

 

 

Selain itu, MR.DIY juga akan menganjurkan beberapa aktiviti pada majlis pembukaan cawangan ke-700 mereka di NU Sentral Shopping Centre bermula dari 26 Mac hingga 28 Mac 2021. Pelanggan berpeluang untuk dapat payung atau tuala secara percuma di atas pembelian minimum RM30.

Bukan tu je, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan maskot comel MR.DIY di lokasi tersebut. Kalau korang bawa anak-anak kecil ke sini, boleh ambil belon free, confirm diorang happy. Ada 4 sesi bergambar setiap hari iaitu pada jam 11 pagi, 1 petang, 4 petang, dan 7 malam. Make sure datang pada waktu ni ya untuk bergambar. 

Aktiviti MR.DIY Buzz Wire Challenge juga turut disediakan bagi memastikan pelanggan seronok dan mendapat nilai yang tinggi ketika berbelanja di MR.DIY. Korang perlu spend minimum RM50 untuk menyertai aktiviti Buzz Wire Challenge ini.

Konsep Store-In-Store Bersama MR.TOY Diperkenalkan Di Cawangan Terbaru MR.DIY

Sebelum ni, kalau pergi shopping bersama keluarga di MR.DIY, korang mesti selalu shopping barangan perkakas rumah sahaja betul tak? Kini, dalam MR.DIY ada MR.TOY, boleh beli banyak mainan untuk anak-anak.

Tak perlu risau, dengan konsep store-in-store bersama MR.TOY, kini korang boleh berbelanja semua barangan yang diingini di satu lokasi sahaja! Dan seperti yang korang tahu, barangan di MR.DIY dan MR.TOY memang sangat murah, kena dengan tagline mereka ‘ALWAYS LOW PRICES’

MR.DIY Sudah Beroperasi Di Malaysia Selama 16 Tahun

Sedar tak sedar, sudah lama sebenarnya MR.DIY bertapak di Malaysia. Korang mesti terkejut kan dengar MR.DIY sekarang ni dah mempunyai 700 buah cawangan di seluruh negara. Dan pencapaian ini bermula pada tahun 2005 dengan pembukaan cawangan pertama mereka di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Jadi Tak Perlu Ragu-Ragu Berbelanja Di MR.DIY, Memang Jimat Berbelanja Di Sini

Sepanjang tempoh operasi MR.DIY di Malaysia, mereka sentiasa berpegang teguh dengan motto ‘ALWAYS LOW PRICES’! Ini termasuklah di cawangan-cawangan yang dibuka di lokasi premium seperti NU Sentral dan juga di Timur Malaysia. Memang tak pernah naik harga tau.

Dengan barangan yang berkualiti pada harga rendah, MR.DIY pasti akan membantu korang jimat berbelanja lebih-lebih lagi di dalam musim pandemik ini.

Jom kita lihat sebentar tonggak sejarah MR.DIY di Malaysia.

Tahun

Pencapaian

2005

Cawangan pertama MR.DIY di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

2014

Cawangan ke-100 MR.DIY di Giant Hypermarket Kemuning Utama

2017

Cawangan ke-250 MR.DIY di Palm Square Commercial Centre, Kinarut, Sabah

2017

Cawangan ke-300 di The Mines, Seri Kembangan

2018

Pelancaran cawangan utama MR.DIY di MidValley Megamall, Kuala Lumpur

2018

Pelancaran platform e-commerce MR.DIY; www.mrdiy.com.my

2018

MR.DIY mendapat anugerah World Branding Awards 2018-2019, di Kensington Palace, London, England bagi kategori Brand of The Year Retail Category

2019

Cawangan ke-500 MR.DIY di 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Petaling Jaya

2019

MR.DIY melancarkan usaha perniagaan baharu, MR.TOY

2019

MR.DIY mendapat anugerah World Branding Awards 2019-2020, di Kensington Palace, London, England bagi kategori Brand of The Year Retail Category

2020

Cawangan ke-600 MR.DIY di Jalan Niaga Bestari, Bandar Puncak Alam, Selangor

2020

MR.DIY melancarkan usaha perniagaan baharu, MR.DOLLAR

2020

MR.DIY mendapat anugerah World Branding Awards 2020-2021, di Kensington Palace, London, England bagi kategori Brand of The Year Retail Category

2021

Cawangan ke-700 MR.DIY di NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur

So jangan lupa untuk rebut tawaran istimewa 50% sempena pembukaan cawangan ke-700 mereka dengan mengunjungi cawangan MR.DIY di seluruh negara berhampiran korang!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh lawati laman web mereka di bawah. Selamat berbelanja!

Laman Web | E-Commerce | Facebook | Instagram

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah