Teringin Nak Glamping? Ini 8 Lokasi Glamping Yang Ada Di Malaysia
JALAN-JALANAugust 27, 2020 - 05:47 PM
Glamping merupakan nama yang semakin naik dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau anda tak tahu apa itu glamping, ia merupakan sebuah gabungan nama dari ‘glamorous’ dan ‘camping’. Beza antara glamping dan camping ni hanyalah pada lokasi dan kemewahan penginapan anda.
1. Dusun Bonda – Batang Kali, Selangor
Terletak di Batang Kali, kawasan glamping ini ditempatkan di dalam dusun buah dan ianya berdekatan dengan sungai. Jadi kalau nak bawa family, ada juga kolam renang dan anda boleh mandi di air terjun yang berdekatan. Memang seronok untuk family trip!
Harga: Bermula dari RM 350 satu malam
Alamat: Lot 2121,Jalan Ulu Tamu, Batang Kali 44300
Contact: +60126633667
2. Umea Glam – Kundasang, Sabah
Anda selalu tengok igloo dan teringin nak duduk dalam tu? Tak ada duit nak pergi negara luar? Jangan risau, Umea Glam ni mengambil inspirasi rekaan igloo di Norway dan ruangan dalaman juga agak besar. Namun hanya 4 orang sahaja yang dibenarkan duduk untuk 1 dome. Pemandangan bukit-bakau yang menenangkan serta hirupan udara segar pasti membuatkan anda happy sepanjang tempoh anda berada di sini.
Harga: Bermula dari RM 250 satu malam
Alamat: Jln Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Contact: https://umeaglam-kundasang.com/
3. Sea Horizon Glamping – Kota Tinggi, Johor
Kalau anda nak tahu, lokasi ni merupakan lokasi glamping di tebing laut yang pertama di Malaysia! Walaupun hanya ada 2 unit penginapan, tapi kemudahan yang disediakan dah macam hotel 5 bintang tau. Anda juga boleh berenang, berkayak, berbasikal dan meneroka laluan yang dinamakan ‘Dinasour Trail’. Memang tak akan bosan kalau duduk di sini.
Harga: RM 680 satu malam
Alamat: Lot 901, Kuala Sedili Besar, 81900 Kota Tinggi, Johor
Contact: +6012-7719200
4. GLAMZ – Genting, Pahang
Okay, korang nak glamping dengan suasana sejuk sampai menggigil? Glamz merupakan pilihan terbaik anda. Bukan tu je, anda juga boleh sewa seluruh tempat ni untuk event keluarga (kalau family besar) atau event company. Pemandangan di atas bukit dengan cuaca yang sejuk memang satu kombinasi yang tak boleh dikalahkan.
Harga: Bermula dari RM 250
Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang
Contact: +6012-664 5269
5. Cabana Retreat – Sabah
Lokasi glamping kali ini terletak di tepi pantai. Jadi senanglah untuk anda berjalan-jalan bersama pasangan anda. Ada banyak aktiviti lain seperti ATV ride, river cruise, dan lawatan ke pulau terdekat, Pulau Mantanani. Senang cerita lokasi ni sangat sesuai untuk mereka yang inginkan ‘romantic getaway’ bersama pasangan.
Harga: Bermula dari RM 170
Alamat: 89150 Kota Belud, Sabah
Contact: www.cabanaretreat.com
6. Castra By Colony – Kuala Lumpur
Ini merupakan lokasi glamping paling mahal dalam list ni. TAPI, memang sangat sangat berbaloi. Anda akan dapat kawasan glamping seluas 4,510 kaki persegi, khemah aircond, TV, tempat duduk teres, taman, set barbeku, outdoor speaker, unlimited wifi, dan banyak lagi lah. Kalau ada duit lebih dan nak rasa premium punya glamping, jangan cari tempat lain lagi. Datang sini je.
Harga: RM 2,500 satu malam
Alamat: Level R, Star Boulevard KLCC, 1, Jalan Yap Kwan Seng, 53300 Kuala Lumpur
Contact: +6018-2138086
7. Tanah Aina Fahad – Raub, Pahang
Okay, kali ni lokasi untuk penggemar nature pula. Terletak di dalam hutan, lokasi ni memang banyak aktiviti yang korang boleh buat antaranya jungle trekking dan mandi sungai. Dengan kehijaun pokok dan tiada gangguan telefon, anda pasti akan rasa nyaman dan tenang seperti tiada apa-apa masalah dalam dunia.
Harga: Bermula dari RM 270
Alamat: Lot 1053, Mukim Ulu Dong, 27600 Raub, Pahang
Contact: +6014-6436712
8. Tiarasa Escapes – Pahang
Inilah definisi glamping sebenar. Lokasi ini memang mewah dan ‘glamour’ dengan hiasan dan reka bina yang cantik dan unik. Ada bonfire pada setiap waktu senja, ada moonlight cinema, dan juga ATV ride. Senang cerita kalau korang nak merasai glamping mewah-mewah dan glamour gitu boleh datang sini okay.
Harga: RM 990 satu malam
Alamat: Jalan Enderong, Sum Sum Ulu, Kampung Janda Baik, Pahang
Contact: +6012-8877777
Jadi itulah dia 8 lokasi glamping yang menarik dan diverse untuk menepati cita rasa anda semua. Ada tempat untuk setiap keinginan anda dalam list ni. Boleh call atau lawati laman web setiap lokasi ni untuk booking dan enjoy pengalaman glamping anda.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah