Ziyad Trending Di Media Sosial Gara-Gara Rakyat Malaysia Tak Puas Hati Pingat Emasnya Dibatalkan!

SUKAN
September 01, 2021 - 01:59 PM


Rakyat Malaysia terus 'bersuara' melahirkan rasa tidak puas hati susulan keputusan kemenangan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkepli dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Sukan Paralimpik Tokyo semalam dibatalkan.

Keputusan di laman Paralimpik Tokyo yang mengumumkan atlet dari Ukraine Maksym Koval sebagai pemenang mendapat reaksi balas daripada pengguna media sosial dari seluruh dunia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara yang terawal melahir rasa tidak puas hati apabila menerusi Facebook rasminya.

"KSU (Ketua Setiausaha) KBS bersama CDM (Chef de Mission) berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga (negara) sedang counter protest (kemukakan bantahan balas). Doakan.

"Protes daripada Ukraine masih diterima. Counter protest daripada tiga negara akan dibawa ke mesyuarat CDM esok pagi. Kita pertahankan! Mohon doa rakyat Malaysia," katanya.

Selain itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa kecewa mengenai keputusan itu dengan membalas tweet keputusan tersebut.

"Ini adalah keputusan yang memalukan. Keaiban mutlak yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah pelanggaran terhadap isu memasuki bilik menunggu, anda seharusnya sejak dari awal lagi tidak membenarkan mereka bertanding. Ternyata berniat jahat dan kejam. Mencuri pingat emas dan catatan rekod dunia," kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Perkara itu turut mendapat reaksi seorang lagi bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Keputusan memalukan dan mengecewakan. Mengapa anda membenarkan Ziyad untuk bertanding setelah mendakwa beliau melanggar peraturan bilik persalinan? Ini tidak boleh diterima," katanya.

Beberapa atlet Olimpik negara turut meluahkan kekesalan mereka mengenai kontroversi itu termasuk atlet terjun negara, Pandalela Rinong.

"Apa sahaja boleh berlaku dalam sukan, tetapi isu ini paling mengejutkan dan membuatkan saya terkedu. #staystrongZiyad," ciap beliau malam tadi.

Rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan Jawatankuasa Paralimpik serta sikap kem Ukraine hingga menyebabkan kemenangan emas Ziyad terbatal walaupun memecahkan rekod dunia.

Malah gara-gara insiden itu pada Rabu -- nama Ziyad telah trending di Twitter dan ramai yang mendoakan serta tetap mengangkat Ziyad sebagai pemegang pingat emas serta pemecah rekod baharu dunia dalam acara akhir lontar peluru kategori F20 dengan catatan 17.94 meter menerusi lontaran ketiganya.

Namun malangnya, kemenangan itu dibatalkan selepas protes oleh kem Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad itu tidak berada di bilik menunggu yang membolehkan atlet terbabit berjaya meraih emas bagi acara itu.

Selepas Malaysia melakukan rayuan, namun nasib tetap tidak menyebelahi kem negara apabila pingat emas Ziyad tetap ditarik balik.

Sumber: BERNAMA

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah