6 Fakta Menarik Tentang Jambatan Gantung Satok Di Kuching, Sarawak
TARIKANAugust 30, 2021 - 01:47 PM
Pandang dalam gambar sekali, macam Jambatan Golden Gate di San Francisco!
Kan? Jambatan gantung di atas merupakan Jambatan Gantung Satok atau lebih dikenali dengan nama Satok Suspension Bridge, di Kuching Sarawak. Selain menyajikan view yang memang cantik giler, jambatan gantung ni juga terkenal menjadi 'syurga fotografi' buat jurugambar lokal.
Berikut ada 6 fakta menarik tentang Satok Suspension Bridge:
1. Jambatan gantung pertama di Sarawak! Asalnya dibina pada tahun 1921 pada era Rajah Putih Sarawak, dan digunakan bagi mengangkut air bersih ke Matang melalui Sungai Sarawak.
2. Jalan utama untuk orang Kuching dan Matang berulang-alik setiap hari, sebelum jambatan gantung Satok moden dan servis feri diperkenalkan.
3. Jambatan ini berukuran 130 meter panajng, dan 2.3 meter lebar. Kos keseluruhan pembinaan semula adalah sebanyak RM8.5 juta selepas jambatan asal roboh akibat ribut petir pada bulan Oktober 2004.
4. Reka bentuk yang unik! Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengekalkan reka bentuk asal jambatan lama, selain struktur dan reka bentuk yang mengikuti standard British.
5. Jambatan Gantung Satok ada 10 tahun lebih tua berbanding Golden Gate Bridge, San Francisco!
6. Kini menjadi 'port' panas instagrammable untuk orang tempatan dan pelancong datang bergambar!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah