10 Tempat Menarik di Johor Yang Tak Memerlukan Bajet Yang Tinggi

JALAN-JALAN
August 05, 2020 - 12:39 PM


Johor merupakan negeri yang terletak paling selatan di Malaysia, eh ini semua orang tahu, apalah ini pun nak bagitahu. Tak tak mengapa cukuplah sekadar pembuka ayat. Kali ini kami bawakan 10 tempat menarik di Johor yang tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk sebuah percutian yang hebat di negeri Harimau Selatan ini.

1. Stadium Larkin

Samada anda seorang peminat bola sepak atau tidak, pasti pernah mendengar tentang kelab bola dari selatan tanah air ini. Mana tidaknya dengan rekod sebagai juara bertahan liga Malaysia sebanyak lima tahun berturut-turut pasti menjadi buah mulut orang ramai. Kelab Johor Darul Ta’zim berada di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, di tengah-tengah Larkin.

Selain mempunyai pasukan yang kuat, kelab JDT juga dilengkapi dengan kemudahan dan stadium bertaraf antarabangsa. Perasaan kami ketika melihat perlawanan secara langsung di stadium keramat ini memang satu perasaan yang membara dengan kehangatan ribuan para penyokong dan sorakan dari Boys Of Straits.

2. Little Paris

Sama seperti di bandar Paris, Little Paris terdiri daripada barisan kedai-kedai pakaian berjenama, kafe dan restoran untuk dikunjungi. Setiap tempat dihias dengan dekorasi elegan seperti jalan-jalan di Paris.

Pada waktu malam kawasan ini diterangi dengan hiasan lampu yang pastinya akan membuat pengikut Instagram anda menyangka anda berada di Eropah. Dengan lampu malap, tempat ini sangat romantis, sesuai untuk anda menghabiskan masa dengan pasangan anda. Bagi peminat makanan Barat, anda mesti cuba makan di restoran trak kontena The Metallic Kitchen yang menghidangkan makanan seperti lamb chop dan salmon. 

3. Tan Hiok Nee Heritage Walk

Pekan lama yang bersejarah ini mempunyai sentuhan gabungan antara warisan masyarakat Cina dan India yang unik dan tersediri. Di sekitar kawasan, terdapat banyak seni dan reka yang unik juga lukisan-lukisan pada dinding yang mengambarkan kehidupan penduduk di sini.

Jalan ini juga terkenal sebagai syurga makanan kerana terdapat banyak opsi makanan menarik, mulai dari masakkan Melayu, masakkan Cina hingga masakkan India. Kami mempunyai kesempatan untuk singgah makan di restoran Kam Long Curry Fish Head. Jika anda ke sini pada waktu jam makan, anda akan melihat antrian yang sangat panjang sampai ke jalan. Datanglah pada jam luar puncak supaya anda tidak perlu mengantri terlalu lama. Resepi kari ikan yang dipakai di Kam Long Curry Fish Head sangatlah sedap! Ternyata resepi ini sudah dipakai turun-temurun dan masih mengekalkan rasa sama seperti dahulu.

4. Kota Tinggi Firefly Park

Jika anda tinggal di kota besar, anda akan menyadari betapa sulitnya untuk melihat kelip-kelip dikeranakan banyaknya lampu-lampu dari bangunan. Tahukah anda bahawa anda dapat melihat kelap-kelip di Johor? Di Kota Tinggi Firefly Park, anda dapat menaiki bot menyelusuri Sungai Johor dengan dikelilingi oleh hutan pokok paya bakau. Dengan keadaan sekeliling yang gelap, anda dapat melihat dengan jelas cahaya kelip-kelip berkumpulan di sekitar pokok paya bakau di pinggir sungai. Meskipun begitu, agak susah untuk mengambil gambar kelap-kelip ini.

Kami mengesyorkan anda untuk datang ketika bulan mati atau ketika bulan masih kecil. Pada saat bulan purnama, cahaya bulan kadang terlalu terang jadi agak sukar untuk melihat cahaya dari kelip-kelip.

5. Danga Bay

Tiada tempat yang lebih berbaloi untuk dikujungi di Johor Bahru pada waktu petang selain di Danga Bay. Kawasan ini sangat tepat bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti rekreasi seperti berbasikal, bermain layang-layang, dan juga taman hiburan buat kanak-kanak.

Lokasinya yang terletak di tepi pantai menjadikannya tempat yang sesuai untuk melepak sambil mengambil angin petang. Anda juga dapat melihat matahari terbenam dengan suasana yang tenang dan mendamaikan. Pada sebelah malam pula suasana di sini berubah menjadi meriah dan kami memilih untuk menghabiskan masa untuk berehat di bar sambil menonton live bands.

6. Dataran Bandaraya

Lokasi ini sering menjadi tumpuan penduduk setempat untuk meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam kerana selain terdapat gerai-gerai menjual makanan, terdapat juga permainan rollerblade dan layar gergasi ketika ada perlawanan bola yang membabitkan JDT.

Kaami juga berkesempatan untuk singgah di Cafe JDT yang bersebelahan dengan padang latihan bertaraf antarabangsa kelab JDT. Kafe tersebut sering dipenuhi dengan para peminat JDT yang datang untuk melihat pemain bola sepak kegemaran mereka berlatih sambil menikmati makan malam.

7. Puteri Harbour

Tempat ini terkenal dengan lokasinya sebagai pusat pelabuhan bagi bot-bot mewah dan deretan restoran dan pusat membeli-belah yang berhadapan dengan pelabuhan. Suasana pada waktu petang di sini amat menenangkan dan cantik. Ianya juga menjadi tempat pilhan untuk mengambil gambar dibelakangi dengan bot-bot mewah.

Pada waktu malam, anda dapat menaiki van yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni di mana kami dibawa pusing-pusing di sekitar Puteri Harbour sambil mengambil angin malam. Untuk tempat penginapan, kami memilih untuk tinggal di Hotel Jen disebabkan oleh pemandangan yang menakjubkan dari bilik menghadap laut. Selain itu, jika anda datang bersama keluarga, hotel ini juga menawarkan bus secara percuma untuk melawat Legoland.

8. Legoland

Legoland sudah tidak asing lagi bagi pelancong di Malaysia, Singapura dan sekitarnya. Bahkan, kebanyakkan dari anda mungkin juga pernah bermain Lego semasa kanak-kanak, mencuba untuk membina pelbagai jenis bentuk yang sukar selama berjam-jam. Di Legoland, anda dapat masuk ke dalam bangunan yang tercipta dari bongkah Lego, membuat anda serasa seperti berada di alam permainan.

Hampir kesemua tarikan dan permainan di sini diperbuat daripada Lego dan sesetengahnya juga dilengkapi dengan sistem bunyi. Legoland harus berada di dalam checklist anda terutamanya jika berkunjung bersama keluarga. Anda juga dapat menginap di Legoland Resort  untuk menambah lagi keunikan dan mengambil masa untuk terokai semua tarikan di Legoland.

9. Pulau Rawa

Ramai masih tidak mengetahui tentang kewujudan Pulau Rawa. Hal itu pula yang menjadikan Pulau Rawa pilihan kami sebagai tempat yang paling sesuai untuk berehat tanpa gangguan. Pulau ini terletak sekitar 16km dari Mersing dan satu-satunya cara untuk ke pulau ini ialah dengan menaiki bot dari jetty Mersing.

Alam semulajadi Pulau Rawa masih terpelihara rapi dan air laut juga jernih kebiruan seperti di Maldives. Keindahan Pulau Rawa masih belum banyak diketahui orang ramai, jadi anda harus segera mengunjungi Pulau Rawa. Di pulau ini anda dapat melakukan snorkelling, scuba diving, dan mendaki ke puncak bukit untuk melihat pemandangan waktu senja yang mempersonakan.

Sekarang anda mengenali Johor selain kafe-kafe hipster. Johor merupakan tempat yang sesuai untuk mana-mana jenis pelancong, mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Saatnya anda merancang perjalanan anda selanjutnya ke Johor!

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah