Bercuti Ke Sabah Korang Kena Cuba Aktiviti Terumbu Di Pontun Terbesar Asia Tenggara!
TARIKANMay 10, 2022 - 02:43 PM
Sesuai dengan gelaran Negeri di Bawah Bayu, Sabah memiliki banyak lokasi tarikan pelancong yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia. Ia adalah lokasi terbaik untuk berehat sejenak daripada kesibukan hidup di kota.
Bagi yang inginkan kelainan -- JSK Borneo Reef adalah tarikan pelancongan terbaharu di Sabah yang menawarkan pontun terbesar di Asia Tenggara.
Dengan terumbu karang yang tidak 'disentuh' dan taman karang menakjubkan yang kaya dengan hidupan marin menjadikan lokasi ini sangat strategik bagi yang ingin menikmati keindahan di landskap di bawah laut.
JSK Borneo Reef adalah destinasi yang sempurna untuk semua jenis aktiviti dan sukan laut seperti selam snorkel dan berkayak.
Lokasinya terletak dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan bersebelahan dengan pulau jiran, Pulau Gaya dan Pulau Sapi.
Penulis tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di sini.
Perjalanan bot ke JSK Borneo Reef dari Jesselton Point, Kota Kinabalu hanya mengambil masa 15 minit.
Setibanya di destinasi itu, penulis amat teruja melihat pontun yang begitu besar dan mempunyai taman air kembung yang unik serta terowong pemerhatian bawah air.
Ia memberi satu pengalaman yang menyeronokkan dan unik untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
Penulis melakukan pelbagai aktiviti di sini termasuk bermain di taman air ini yang terapung megah pada ketinggian 12 meter, panjang 37.5 meter dan lebar 24.5 meter.
Pontun ini adalah yang terbesar di Asia Tenggara dan boleh memuatkan 300 orang pada satu-satu masa.
Malah, pontun 2 tingkat turut dibina dengan aluminium kalis karat gred laut tinggi dan dilengkapi kemudahan terkini termasuk geladak berjemur, laluan pejalan kaki, pancuran air tawar, ruang tempat duduk berlorek, kolam permainan kanak-kanak dan ruang makan yang selesa.
Ia juga menempatkan 5 platform paras laut yang direka untuk pelbagai aktiviti air dan dibuat mengikut piawaian platform yang dikendalikan di Great Barrier Reef, Australia.
Pengunjung boleh memilih untuk berjemur di terumbu karang semula jadi yang indah atau melihat lebih dekat hidupan marin dengan aktiviti berjalan dalam laut.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk kolam permainan kanak-kanak, berjalan dalam laut, terowong balai cerap bawah air, berkayak dan selam snorkel.
Secara keseluruhan, penulis boleh simpulkan, menghabiskan masa seharian di sini adalah sangat berbaloi dan paling menyeronokkan apabila dilakukan bersama keluarga dan sahabat.
Sesiapa sahaja yang datang ke sini pasti akan mendapat pengalaman dan kenangan unik yang pasti tidak boleh dilupakan.
Berikut 6 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di JSK Borneo Reef :-
1) TAMAN AIR KEMBUNG
Definisi epik keseronokan di bawah sinar matahari, taman air adalah taman akua kembung terbesar di Sabah dan menampilkan laluan berhalangan yang menyeronokkan dan mencabar. Ia dikatakan seperti 'Game Run BTS' yang menjadikannya destinasi percutian terbaik untuk keluarga dan rakan-rakan.
2) TEROWONG BALAI CERAP
Bersiar-siar melalui terowong bawah air ajaib. Pengunjung berpeluang melihat hidupan laut yang mengagumkan dari dekat.
3) BERJALAN DALAM LAUT
Bersemuka dengan terumbu karang yang menakjubkan di lautan dan hidupan marin tropika dengan pengembaraan 'Sea Walking'.
4) KOLAM PERMAINAN KANAK-KANAK
Kolam permainan kanak-kanak sedalam dua kaki direka untuk perenang muda di bawah umur 8 tahun. Dilengkapi dengan pistol air, mainan terapung dan penyelamat yang ditetapkan. Kolam mini ini pasti menggembirakan kanak-kanak.
5) SELAM SNORKEL
Berenang dan saksikan secara langsung keajaiban mistik laut biru dalam dan seterusnya.
6) BERKAYAK
Menerokai laut terbuka dengan berkayak.
Sumber: Harian Metro & Kredit Gambar : JSK Borneo Reef
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah