Betul Ke Kapal Terbang Terbiar Di Johor Bakal Jadi Hotel?

TARIKAN
April 30, 2021 - 05:38 PM


Terdahulu, muncul dua buah kapal terbang di kawasan lapang berdekatan Kempas, Johor Bahru telang mengundang tanda tanya ramai orang, dan pada tahun 2019, ura-ura mengatakan dua kapal terbang tersebut bakal dijadikan restoran, namun sehingga kini tiada perkembangan. 

Dua kapal terbang tersebut dikatakan pernah terbiar di Lapangan Terbang Senai sebelum dilelong, dan berdasarkan laporan sebelum ini, selepas beberapa tahun dibiarkan begitu sahaja di kawasan lapang, kapal terbang 747 tersebut bukan hanya dijadikan restoran tetapi akan diubahsuai menjadi sebuah hotel bersama sebuah restoran.

Selain itu, taman berdekatan kawasan lapang tersebut turut dalam perancangan untuk dibaik pulih. Namun, tiada maklumat lanjut tentang bilakah projek tersebut bakal selesai dan dibuka kepada orang umum. 

Best kan kalau projek ni berjaya, sebab konsepnya memang menarik untuk menjadi tarikan baru yang bakal membawa lebih ramai orang ke kawasan itu. Kalau min, awal-awal siap projek ni kita dah book dulu. Hehe

Sumber: The Vocket

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah