Gua Batu Maloi - Penggemar Aktiviti Lasak, Cabar Diri Korang Terokai Gua Ini!
TARIKANNovember 26, 2020 - 11:42 PM
Jika korang merupakan peminat aktiviti ekstrim, korang semestinya tidak mahu ketinggalan dalam meneroka Gua Batu Maloi ini! Gua Batu Maloi merupakan sebuah gua batu granit yang terletak di dalam sebuah perkampungan di Air Mawang, Negeri Sembilan. Kawasan Gua Batu Maloi ini merupakan kawasan tempat tinggal
Gua sepanjang 2.3 kilometer ini terbentuk daripada batuan granit dan dikatakan mempunyai laluan yang sempit dan berliku dengan deruan air yang deras sebagai lantainya. Ditambah pula dengan suasana yang gelap, semestinya menambah keterujaan korang untuk menghabiskan penerokaan gua ini! Perjalanan penerokaan Gua Batu Maloi ini selalunya mengambil masa dua hingga ke empat jam, mengikut keupayaan seseorang individu itu sendiri.
Bayaran masuk sebanyak RM5 dikenakan kepada sesiapa yang ingin masuk ke Gua Batu Maloi ini. Walau bagaimapun, memandangkan laluan gua ini sedikit mencabar, khidmat jurupandu adalah diperlukan dengan caj bayaran tambahan yang lain. Selain itu, terdapat juga caj tambahan RM1 yang disalurkan buat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di situ.
Korang juga berpeluang menemui kelawar dan ular sekiranya ada ‘rezeki’ semasa menerokai gua ini. Jadi, dah cukup berani ke korang nak explore Gua Batu Maloi ni? Apa pun jangan lupa untuk ikut segala kata-kata guide korang agar korang sentiasa selamat sepanjang ekspidisi pergi ke Gua Batu Maloi ni okay? Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah