Hancurkan Barang Tanpa Dimarah Orang Di The Rage Room KL!
TARIKANMarch 12, 2020 - 01:33 PM
Kadangkala, ada sesetengah orang suka atau cenderung untuk memecahkan sesuatu barangan untuk melepaskan emosi. Ada yang tumbuk dinding (sakit oi), baling phone, pecahkan pinggan dan lain – lain lagi.
Kalau anda salah seorang daripada golongan ini, pastinya anda tersenyum lebar bila kami kata anda boleh buat semua perkara itu, tanpa ada orang marah, dan tanpa perlu menghancurkan barang sendiri.
Caranya? Mudah.
Cari The Rage Room yang terletak di Berjaya Times Square. The Rage Room oleh MyBestBox ini membolehkan anda memecah atau menghancurkan (pilih cara paling memuaskan pada anda) barang secara random dalam ruangan khas yang disediakan.
Jangan risau tentang keselamatan diri, kerana anda akan diberikan alat perlindungan seperti helmet dengan pelindung muka serta sepasang jumpsuit penuh bertutup. Jadi, serpihan kaca tidaklah terkena atau melukakan anda semasa melepaskan ‘stress’ nanti.
Difahamkan, anda akan ada pilihan ‘senjata’ seperti kayu baseball, crowbars, kayu golf dan lain-lain peralatan lagi. Tidak cukup dengan itu, untuk melengkapkan pengalaman anda, anda juga boleh membuat pilihan lagu sesuai dengan emosi anda.
The Rage Room yang ada di MYBestBox ini merupakan ‘permainan’ yang pertama seumpamanya di Malaysia dan harga yang dikenakan adalah RM40 untuk seorang pada hari biasa, RM45 untuk hari minggu.
Dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam, sebenarnya ada banyak lagi permainan atau bilik yang bertema untuk anda bermain dengan rakan – rakan. Ada Party Room, Crazy Cartz dan macam – macam lagilah.
Cuba tengok pilihan yang ada di laman web MyBestBox ni.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah