Ikano Centres Lancarkan Platform Creative Spark, Gilap Kreativiti Anak Seni Di Batu Kawan

TARIKAN
April 07, 2021 - 06:27 PM


Ikano Centres yang merupakan sebahagian daripada IKEA Southeast Asia baru sahaja melancarkan Creatice Spark, sebuah platform untuk anak seni yang bakal mendorong penglibatan masyarakat menerusi program seni berkonsepkan bimbingan mentor. 

Creative Spark dilancarkan dengan hasrat untuk menyediakan tempat pertemuan yang memperkasakan pembelajaran, memberikan inspirasi dan menimba pengalaman, dan juga menggalakkan hubungan kemasyarakatan di Ikano Centres, Batu Kawan. 

Pelancaran Creative Spark dimulakan dengan sebuah mural grafiti bertajuk 'Building Yourself' yang dilukiskan di pusat beli belah mereka yang terletak bersebelahan dengan IKEA Batu Kawan. Mural tersebut melambangkan permulaan baharu bagi komuniti dan bandar yang serba dinamik itu. 

Mural tersebut dilukis dengan kerjasama Can Can Public Art, tenaga kreatif yang mencipta ruang-ruang kreatif, khususnya seni jalanan dan awam. Build Yourself disempurnakan oleh pelukis terkenal Leonard Siaw dengan bantuan tiga graduan seni di bawah bimbingannya. Mural itu menampilkan unsur-unsur budaya yang berilhamkan muzik, pendidikan, pembelajaran, kesenian, dan budaya pop. 

Building Yourself adalah lukisan mural luaran interaktif yang terbesar di Pulau Pinang dan disokong oleh Galeri Seni Negeri Pulau Pinang. 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah