'The Illuminating Shadows' Mampu Memukau Mata Anda!

TARIKAN
November 03, 2021 - 03:03 PM


Chinatown Kuala Lumpur yang terletak di Petaling Street memang terkenal baik di kalangan pelancong tempatan mahupun antarabangsa kerana mempunyai daya tarikan yang tersendiri seperti sebagai pusat membeli belah dan gerai-gerai makan jalanan yang autentik. Namun, lorong warisan Kwai Chai Hong yang berada berhampiran sentiasa menjadi pilihan destinasi!

Lorong Kwai Chai Hong mempunyai pelbagai hasil seni tempatan yang cukup indah dan unik, ditemani oleh pelbagai restoran yang mempunyai nilai estetika tersendiri. Bermula Oktober 29 sehingga 5 Disember, lorong terkenal itu akan menjadi lokasi pameran bagi satu hasil seni!

Cuma mengambil masa 4 min berjalan kaki dari stesyen LRT Pasar Seni, sebaik tiba di lorong tersebut, pengunjung bakal dibawa memasuki dunia seperti "Alice in Wonderland". Karya seni terbaru itu diberi nama The Illuminating Shadows, merupakan hasil kolaborasi dengan pengukir dan pelukis tempatan Alice Chang dari Lai Lai Studio.

Hasil karya kali ini berasaskan cahaya dan bayang-bayang. Chang terinspirasi dari masalah yang dihadapi secara global dan berharap karyanya mampu menyebarkan mesej posititif terhadap pengunjung.

Terdapat dua arca yang menjadi daya tarikan utama iaitu Giant Rabbit Sculpture dan Chaser Rabbits yang sangat unik dan menarik perhatian.

Pada waktu siang, cahaya matahari yang terbias dari arca tersebut mampu menghasilkan satu imej yang  sangat wow dan berwarna-warni! Yang paling best, masuk adalah percuma dan buka dari 9 pagi hingga 12 malam. Ajak kawan-kawan atau keluarga bergambar di sana pada hujung minggu ini!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah