Ingat Kelantan Je Ada Pasar Terapung, Tak Sangka Perlis Pun Ada Juga Tau!
TARIKANOctober 27, 2020 - 01:55 PM
Ingatkan Kelantan sahaja yang ada dua buah pasar terapung atau 'floating market' macam dekat Hatyai, Thailand -- tapi tak sangka rupanya negeri paling utara di Semenanjung iaitu Perlis juga sebenarnya mempunyai pasar terapungnya sendiri.
Kalau korang nak tahu pasar terapung di Perlis terletak di Kolam JPS Perlis, Pengkalan Asam.
Dengan konsep jualan di atas bot, pasar terapung yang dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad ini juga menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar Perlis bagi mencuba sendiri kemeriahan aktiviti jual beli di sini.
Selain daripada jualan makanan, jualan buah-buahan tempatan dan ikan segar seperti ikan pari, temenung serta selayang turut dilakukan dengan harga yang istimewa.
Dengan kemudahan lokasi dan tempat parking yang luas, pasar terapung ini ternyata mampu menarik lebih ramai pengunjung ke sini sekaligus memberi impak ekonomi yang positif kepada penduduk tempatan.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti lain dalam SOP norma baharu seperti mendayung perahu dan kayak, memancing serta aktiviti riadah yang lain.
Jadi tunggu apa lagi kalau korang berkunjung ke negeri terkecil di Malaysia itu, pastikan korang tak lepaskan peluang untuk merasai sendiri suasana pasar terapung yang tak kurang hebatnya seperti di negara jiran kita.
Kredit Gambar: Pemburu Keindahan Mahdzir Hasan Det
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah