Jambatan Gantung Tamparuli Berwajah Baru Dihiasi Mural Etnik Lotud
TARIKANOctober 22, 2021 - 01:13 PM
Siapa yang bercuti ke Kundasang, Sabah pasti takkan melepaskan peluang untuk mengunjungi satu tarikan yang popular di sana iaitu Jambatan Gantung Tamparuli.
Kalau korang nak tahu, ikonik pelancongan Sabah itu bakal berwajah baharu apabila di sepanjang tiang jambatan gantung tersebut dihiasi dengan lukisan mural bercirikan corak kraf warisan etnik Dusun Lotud.
Dengan terhasilnya lukisan mural yang cantik dan penuh tradisi itu menjadikan pengalaman pelancong terutama yang menjadikan daerah itu sebagai persinggahan dalam kembara ke Taman Kinabalu di Kundasang lebih menyeronokkan.
Malah, kalau korang nak jadikannya sebagai port bergambar OOTD pun lawa!
Projek mural itu yang dijangka siap tidak lama lagi dijayakan oleh 7 orang guru sekolah di sekitar Tamparuli.
Jambatan Gantung Tamparuli mulai dikenali sekitar tahun 1977 menerusi lagu artis legenda Sabah, Justin Lusah.
Lagu bertajuk Jambatan Tamparuli berentak Sumazau dalam bahasa Kadazandusun itu turut diminati dan dinyanyikan kaum lain di Sabah.
Kemasyhuran Jambatan Tamapruli sering meniti ‘dari bibir ke bibir’ pelancong bukan saja di segenap pelusuk negara, malah di seluruh dunia.
Sumber: Utusan Borneo
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah