Kedai-Kedai Starbucks Unik Dan Lain Daripada Yang Lain Untuk Korang Cuba Di Malaysia

TARIKAN
November 04, 2020 - 01:08 PM


Starbucks merupakan salah satu brand coffee yang terkenal di seluruh dunia. Konsep kedai Starbucks juga merupakan salah satu tarikan yang membuatkan orang ramai berkerumun untuk datang ke kedai mereka. Kalau korang pernah pergi ke mana-mana kedai Starbucks, mesti korang perasan yang kedai mereka sangat comfy dan menenangkan. Rasa nak duduk lama-lama dalam tu. 

Dan korang tahu tak ada beberapa kedai Starbucks yang rare dan lain daripada lain di Malaysia ni? Jom tengok kedai-kedai tersebut:

 

1) Starbucks, Teluk Cempedak, Pahang

Rekaan seni bina bangunan Starbucks di Teluk Cempedak ni mengetengahkan tema gelas dan dari dalam korang boleh lihat pantai bersebelahan bangunan tersebut. Memang best minum coffee sambil dengar deruan ombak dan angin yang membelah pantai. Kalau korang nak tenangkan diri dan mengambil gambar-gambar cantik, Starbucks di sini memang best. 

Alamat: No 1&2, Pusat Rekreasi, Teluk Cempedak, Jalan Tengku, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang

 

2) Starbucks, Jalan Green Hall, Penang

Starbucks yang seringkali menjadi perbualan peminat coffee di Malaysia. Mana taknya, korang tahu tak Starbucks ni berada di dalam bangunan Tapak Warisan UNESCO di Penang? Dengan seni bina bangunan yang antik, lantai mosaic, dan tingkap kayu, korang akan rasa seolah-olah kembali ke zaman silam. Memang tak nampak macam kedai Starbucks lansung.

Alamat: 1, Jalan Green Hall, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

 

3) Starbucks Signing Store, Bangsar Village II, Kuala Lumpur

Ini merupakan kedai Starbucks pertama di dunia yang mengambil 100% staff pekerja dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU), terutamanya orang pekak dan bisu. Jadi kalau korang datang sini, korang boleh belajar bahasa isyarat untuk order dan menikmati hidangan coffee bersama mereka. Memang sangat unik dan korang kena datang sini at least sekali untuk cuba.

Alamat: Lot No. 2F-11 & K1, 2nd Floor 2, Jalan Telawi 1, Jalan Telawi Satu, 59100 Kuala Lumpur

 

4) Starbucks, Chin Swee Caves Temple, Pahang

Starbucks ini sangat unik kerana ianya terletak di dalam kuil yang dikelilingi oleh bukit-bukit cantik dan hiasan-hiasan kuil tersebut. Korang memang tak akan boleh miss kuil ni kalau korang naik ke Genting, memang cantik landmark dia dengan patung gergasi seperti Kuan Yin dan Buddha, lokasi Starbucks kali ini pasti akan menarik minat korang.

Alamat: Exit 68, Genting Sempah, 28750 Bentong, Pahang

 

Jom Minum Starbucks Di Lokasi-Lokasi Ni!

Jadi itulah dia 4 Starbucks unik dan menarik untuk korang pergi di dalam Malaysia ni. Tapi apa pun korang kena ingat untuk sentiasa mematuhi SOP, jaga penjarakan sosial 1 meter, dan juga jangan lupa pakai mask okay? Have fun guys!

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah