Kuala Lumpur Jadi Destinasi Pilihan Ekspatriat Ke-8 Terbaik Dunia!

TARIKAN
December 04, 2020 - 03:30 AM


Kuala Lumpur menduduki tempat ke-8 sebagai destinasi terbaik bagi ekspatriat untuk tinggal dan bekerja pada tahun 2020.

Menurut kajian terbaharu itu, ekspatriat yang menetap di ibu kota menganggap KL adalah destinasi yang cukup selesa selain kosnya yang berpatutan.

Tinjauan Expat City Rangking 2020 yang dijalankan InterNations iaitu komuniti ekspatriat terbesar di dunia dengan 4 juta ahli melibatkan 15,000 responden di 66 bandar di seluruh dunia.

Tahun ini adalah kali keempat berturut-turut KL berjaya tersenarai dalam 10 destinasi terbaik.

Kuala Lumpur mempunyai harga berpatutan dalam indeks kewangan dan perumahan, dengan tujuh daripada 10 ekspatriat di KL (70 peratus) mengatakan perumahan di ibu negara Malaysia adalah mampu milik (41 peratus di seluruh dunia).

Lebih empat daripada lima (84 peratus) mengatakan bahawa tidak sukar mencari kediaman di KL (55 peratus di seluruh dunia).

Tiga daripada responden kajian pula berpuas hati dengan keadaan kewangan mereka (76 peratus berbanding 61 peratus di seluruh dunia) dan kos sara hidup tempatan (77 peratus berbanding 46 peratus di seluruh dunia) di Kuala Lumpur.

"Hidup di KL sangat senang dan berpatutan," kata salah seorang ekspatriat Sweden yang menetap di Kuala Lumpur.

Sementara itu, sembilan daripada 10 ekspatriat (91 peratus) mengatakan mudah tinggal di Kuala Lumpur tanpa perlu berkomunikasi dalam bahasa tempatan.

Ibu negara Malaysia juga menduduki tangga kelapan dalam subkategori sosial dengan 72 peratus berasa senang dengan kehidupan sosial mereka (59 peratus di seluruh dunia) dan 60 peratus mudah mendapat kenalan baharu (47 peratus di seluruh dunia).

Dari segi keselamatan dan kestabilan politik, KL bagaimanapun jauh lebih rendah dalam kalangan masyarakat ekspatriat.

Hanya 68 peratus daripada ekspatriat yang berasa selamat dengan situasi politik (82 peratus di seluruh dunia), manakala tiga daripada lapan responden kajian (36 peratus) berpuas hati dengan kestabilan politik di Malaysia (61 peratus di seluruh dunia).

Bagaimanapun perlu dingatkan, data dikumpulkan adalah pada Mac 2020, sebelum Covid-19 menjadi pandemik global.

Sumber: Mstar

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah