Lawat Muzium Negara Sekarang Lebih Seronok Dengan Aplikasi AR, Tengok Imej 3D!

TARIKAN
March 15, 2022 - 01:16 PM


Bila sebut tentang melawat muzium mesti ramai pelancong terutama golongan belia yang kurang berminat kerana beranggapan ianya membosankan.

Tetapi tahukah anda bahawa kini lawatan ke muzium juga tidak kurang menyeronokkan seperti mengunjungi tarikan pelancongan lainnya.

Ini kerana seperti Muzium Negara mereka ini telah melancarkan aplikasi mudah alih realiti terimbuh (AR), yang memberi informasi 28 koleksi terpilih dalam bentuk kandungan multimedia dua dimensi (2D) dan 3D.

Dengan kecanggihan teknologi tersebut kini orang ramai yang melawat Muzium Negara boleh menerokai pengalaman AR itu dengan memuat turun aplikasi berkenaan sebelum atau semasa berkunjung ke muzium dan mengimbas penanda QR yang tersedia.

Aplikasi tersebut beroperasi dengan persekitaran sistem Android 7.0 dan iOS 12 ke atas yang boleh dimuat turun melalui pelantar Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.

Selain memberi pengalaman AR, aplikasi ini juga merupakan pelantar kepada pengunjung Muzium Negara untuk menerokai pengalaman maya.

Aplikasi itu juga membolehkan pengunjung mendapatkan informasi terperinci mengenai Muzium Negara termasuk harga tiket, waktu operasi, lawatan berpandu, pelan kawasan serta pelan lantai galeri dan pameran, fasiliti dan aktiviti semasa -- selain dihubungkan dengan pelantar media sosial Muzium Negara seperti laman sesawang, Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram.

Dalam pada itu, kenyataan itu menyebut JMM juga telah menyasarkan 155 program dan aktiviti permuziuman yang menarik sepanjang tahun ini, merangkumi lapan pameran, 22 program ‘signature’ dan 125 pengembangan muzium.

Menurut MOTAC program ‘signature’ ialah program tahunan berskala besar JMM seperti Hari Muzium Antarabangsa, Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM), Semarak@Muzium dan Nostalgia Anak Kampung, manakala program pengembangan muzium terdiri daripada tiga kategori iaitu jangkauan dalam atau ‘inreach’, program jangkauan luar atau ‘outreach’ dan program Bicara@Muzium termasuk bicara serta forum kurator.

Antara program yang dijangka mendapat sambutan adalah Pameran Dunia Naga: Mitos dan Legenda pada 30 Mei-30 Okt oleh JMM, Pameran Seniman Perak Sepanjang Zaman di Muzium Perak (8 Sept-31 Dis), Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Muzium Kelantan (19-25 Jun), ‘Museum Night Trail’ di Muzium Negara (30 Mei dan 16 Sept).

Program lain adalah Semarak@Muzium Seni Kraf Orang Asli di Muzium Seni Kraf Orang Asli (23-24 Julai), Merdeka@Muzium sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Festival Kota Kuala Kedah di Muzium Kota Kuala Kedah (20-22 Okt) dan Nostalgia Anak Kampung dari Oktober hingga Disember di Muzium Negara, Muzium Kota Kayang, Muzium Kota Kuala Kedah, Muzium Adat dan Muzium Perak.

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah