Malaysia Menjadi Lokasi Adidas Flagship Store Terbesar Di Asia Tenggara!
TARIKANDecember 08, 2021 - 05:38 PM
Antara store yang paling unik dengan gaya tersendiri, Adidas baru sahaja membuka Brand Center pertama di Malaysia yang terletak di Sunway Pyramid dalam fokus untuk mengembangkan perniagaan mereka di benua Asia Tengara.
Brand Center yang serba baru ini adalah store yang terbesar di Malaysia setakat ini, menawarkan konsep dan inovasi terbaru dari Adidas dalam usaha menjadi jenama sukan global no.1 di dunia.
Berkeluasan melebihi 1328 meter persegi, center ini penuh dengan pelbagai koleksi adidas baik dari barangan sukan dan juga lifestyle. Menjadikan ia salah satu kedai yang mampu memenuhi keinginan dan permintaan pelanggan. Rekabentuk center ini berinspirasikan dari sebuah stadium, Lebih manis lagi terdapat satu sudut yang mendapat sentuhan anak tempatan.
Salah satusudut yang pastinya menarik perhatian ramai adalah ruangan khas yang diadakan untuk pengunjung bersantai sambil bermain permainan ping-pong yang mana rekaannya mendapat sentuhan seni daripada anak jati Pulau Pinang iaitu Valen Lim.
Bercerita tentang meja tersebut, Valen menjelaskan bahawa dia mendapat ilham daripada menu di kedai kopi dan untuk meja tersebut ada tertulis model kasut ikonik yang pernah dikeluarkan adidas bersama tahun pengeluaran seperti Samba, Gazelle dan lain-lain. Bolehlah korang checkout di Sunway Pyramid nanti!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah