Nak Raikan Hari Istimewa Bersama Tersayang? Jom Keliling Sungai Melaka Dengan 'Everlasting Love Boat'

TARIKAN
December 28, 2021 - 10:18 PM


Bagi anda yang ingin membuat kejutan atau meraikan hari romantik bersama pasangan tersayang -- anda mungkin boleh membawa insan istimewa itu menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot ‘Everlasting Love’ yang ditawarkan Melaka River Cruise (MRC).

Pakej baharu Everlasting Love Boat ini bakal menjadi pilihan utama kepada pasangan romantis untuk menyambut hari-hari istimewa mereka seperti ulang tahun perkahwinan, sambutan hari jadi, persediaan melamar bakal isteri dan sebagainya.

Terdapat tiga pakej bot ‘Everlasting Love’ yang ditawarkan iaitu Pakej Emerald, Pakej Gold dan Pakej Diamond.

Untuk Pakej Emerald berharga RM750 -- pasangan bakal dibawa menaiki bot selama satu jam 30 minit berserta pakej makan malam di atas bot dengan iringan muzik, bergambar dengan pasangan, bunga dan baucer diskaun Melaka River Cruise.

Pakej Gold berharga RM1,200 pula menawarkan perjalanan di atas bot selama dua jam berserta pakej makan malam di atas bot dengan persembahan oleh kumpulan pemuzik, bergambar dengan pasangan, jambangan bunga dan baucer diskaun Melaka River Cruise.

Manakala untuk Pakej Diamond yang merupakan pakej eksklusif menawarkan ruangan makan malam yang dihiasi dekorasi romantis, persembahan musikal, bunga ros dan coklat, dan hadiah istimewa untuk perjalanan 2 jam 30 minit mengelilingi Sungai Melaka dengan harga RM2,000 sahaja.

Orang ramai sudah boleh membuat tempahan bermula sekarang untuk pakej Everlasting Love itu.

Anda boleh membuat tempahan dengan beberapa cara antaranya dengan melayari laman web rasmi Melaka River Cruise (MRC) atau booking@melakarivercruise.my atau hubungi talian 06-281 4322.

Sumber: Melaka Hari Ini & Kredit Gambar: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah