Nak Tengok 7 Keajaiban Dunia? Tak Payah Pergi Jauh-Jauh, Penang Pun Ada Lah!
TARIKANSeptember 21, 2020 - 12:25 PM
Bila sebut pasal Penang, dah confirm orang akan terfikir tentang bukit bendera, batu feringgi, ferry, dan makanan sedap seperti laksa dan nasi kandar. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada banyak lagi tarikan di Penang ni. Nampaknya ramai yang tak tahu bahawa Penang mempunyai tarikan tersendiri dan lokasi-lokasi unik yang mendapat tempat pertama di serata dunia!
1) Jambatan Tegangan Altitud Tertinggi Di Dunia!
Okay, memang lokasi ni ada dekat Bukit Bendera, tapi korang tahu tak jambatan tegangan tertinggi di dunia ada di Penang? Ia terletak di The Habitat, jadi korang jangan lupa try jambatan ni.
Siapa yang gayat tu, siap sedia la. Memang tinggi habis weh. Tapi keadaan sekeliling yang dikelilingi oleh flora dan fauna pasti membuatkan pengalaman anda tidak boleh dilupakan.
2) Gelongsor Menegak Yang Pertama Di Dunia!
Siapa je tak suka main gelongsor waktu kecik dulu, ada satu perasaan teruja bila kita gelongsor ke bawah kan. Sekarang ni dah besar malu la pulak nak main gelongsor budak-budak. Jadi apa kata korang try gelongsor menegak ni, baru la kena dengan umur korang.
Terletak di Tech Dome Penang, gelongsor ni memang boleh tahan curam dia. Menegak habis, jadi make sure pegang tali yang disediakan ya.
3) Kereta Api Funikular Di Trek Terowong Paling Curam Di Dunia!
Kalau korang tak pernah naik, sistem kereta api funikular ni antara yang tertua dalam dunia tau dan korang akan duduk dalam tu selama 15 minit.
Pemandangan yang disajikan sudah tentunya sangat memukau dan cantik. So korang kena cuba pengalaman ni at least sekali seumur hidup. Worth it!
4) Menara Titian Udara Melengkung Pertama Di Dunia!
Okay, lokasi ni sesuai kalau korang pergi waktu malam dengan pasangan korang. Terletak di Penang Rainbow Skywalk. pemandangan di atas menara tu diiringi dengan lampu LED memang sangat romantik.
Kalau nak rasa adventure sikit, pergi waktu siang kerana korang akan nampak dengan clear betapa tingginya menara ni sebenarnya.
5) Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia!
Kalau ada family tu, boleh datang sini. Gelongsor air ni punya la panjang kalau korang terlelap sekajap dan bangun balik pun belum tentu sampai bawah lagi.
Terletak di Escape Penang, gelongsor ni memang mendapat perhatian sejak awal diumumkan lagi. Dan sekarang ianya menjadi satu kebanggaan rakyat Malaysia. Memang best mandi manda dekat sini.
6) Rope Course Challenge Tertinggi Di Dunia!
Aktiviti kali ni memang tak dinafikan agak ekstrem untuk orang biasa. Lagi-lagi untuk orang yang gayat. Tapi, kalau korang nak cabar diri korang memang tak ada tempat lain yang lagi sesuai. Ada banyak course di The Gravityz ni.
Antaranya Confidence Path dimana korang akan berjalan di titian yang disediakan sambil belakang korang tekap di cermin bangunan. Kalau dah berani sikit boleh cuba A Great Bridge, di mana tak ada bangunan untuk sandarkan diri korang. Kena jalan ke depan je. Dan lagi ekstrem boleh gantung badan korang di tali dan bawah tu tak ada apa-apa halangan. Boleh sakit jantung tengok gambar ni.
7) Sanktuari Rama-Rama Dan Serangga Pertama Di Dunia!
Jadi inilah lokasi untuk korang yang minat dengan nature dan binatang, especially rama-rama. Terletak di Entopia Penang Butterfly Farm, korang boleh belajar pelbagai spesis rama-rama dan serangga yang ada.
Sesuai juga bawa kanak-kanak kerana mereka akan mengajar anak anda mengenai rama-rama dan mengatasi perasaan takut mereka terhadap serangga. Memang best dan educational!
7 Keajaiban Dunia Di Penang!
Itulah dia kehebatan negeri Penang ni. Sampai 7 ya dapat title pertama di dunia. Tapi korang perasan tak kebanyakannya berkaitan dengan ketinggian. Kalau korang gayat, inilah masanya nak mengatasi ketakutan korang sambil berseronok dan berjalan-jalan. Jangan lupa amalkan penjarakan sosial, patuhi SOP, dan pakai mask okay? Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah