Nak Tengok Pokok Berwarna Darah Kemerahan? Korang Kena Try Daki 'Red Forest' Di Jerantut Ni!

TARIKAN
November 27, 2020 - 02:16 PM


Kalau Cameron Highlands ada Mossy Forest yang popular dengan hutan berlumut ala-ala dalam filem Lord Of The Rings -- Jerantut yang juga di Pahang pula semakin terkenal dengan "Red Forest"  atau Hutan Merah yang jarang sekali kita nampak di mana-mana.

Hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar berwarna merah itu boleh korang temui ketika mendaki ke Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut.

Kredit Gambar: Nyna Bananyna

Ramai yang pertama kali mendaki ke bukit ini yang kagum dan terkejut dengan warna istimewa iaitu merah yang jarang-jarang sekali kelihatan di tengah-tengah hutan rimba yang biasanya berwarna hijau.

Bukit Buluh yang mempunyai ketinggian sehingga 331 meter ini terkenal dengan pokoknya yang berwarna merah menjadikan tempat ini seolah-olah kelihatan seperti berada di satu alam fantasi.

Kredit Gambar: Nyna Bananyna

Bagi sesiapa yang berminat untuk ke sini, korang akan memulakan pendakian di dalam kawasan ladang kelapa sawit sebelum tiba di tengah-tengah pepohon yang berwarna kemerahan.

Di sini terdapat kira-kira 20 pokok yang dahannya berwarna merah dan sangat cantik untuk dijadikan latarbelakang sekiranya korang ingin merakamkan gambar kenang-kenangan.

Nama pokok ini dikatakan adalah Gelam Merah.

Kulit pokoknya yang berwarna merah juga dikatakan sangat lembut dan mempunyai akar yang berselirat. 

Kredit Gambar: Nyna Bananyna

Mungkin ramai yang terdetik di hati adakah warna merah pokok-pokok di Bukit Buluh ini sengaja dihasilkan oleh tangan-tangan manusia -- namun percayalah bahawa fenomena ini merupakan kurniaan khazanah alam kepada manusia yang perlu sentiasa dijaga dan dipelihara demi kelangsungan untuk generasi masa hadapan!

Kredit Gambar: Nyna Bananyna

Sumber: Kuantanloka.com & Kredit Gambar: Nyna Bananyna

 

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah