Panda Gergasi Zoo Negara Selamat Lahirkan Anak Ketiga
TARIKANJune 02, 2021 - 06:19 PM
Ingat lagi semasa Malaysia di dalam proses untuk mendapatkan panda di Zoo Negara kita, sangat renyah kerana negara China memerhatikan dan memelihara panda di seluruh dunia dan amat tegas dengan panda yang dibawa keluar dari negara dorang.
Malaysia diberikan dua panda gergasi, Liang Liang dan Xing Xing, dan semalam pada 8:30 malam Liang Liang, panda betina selamat melahirkan anak ketiga mereka sejak berada di Malaysia pada 2014 di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara.
Anak pertama mereka Nuan Nuan, dan Yi Yi masing-masing lahir pada 18 Ogos 2015 dan 14 Januari 2018. Anak ketiga ini masih belum dapat dikenalpasti jantinya kerana masih lagi dijaga rapi oleh Liang Liang dan mereka tidak boleh didekati.
Kelahiran ketiga ini merupakan satu lagi kejayaan usaha konservasi Giant Panda di bawah Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan China yang dimeterai pada 2012.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah