Pelbagai Aktiviti Fun Gila Menanti Anda Di Xploria Gamuda Gardens
TARIKANNovember 12, 2021 - 12:37 PM
1. Crazy Go Kart
Nak fefeeling Toretto macam dalam movie Fast & Furious, korang boleh berlumba dengan family atau geng korang di Crazy Go Kart! Yang bestnya aktiviti ini sesuai untuk setiap lapisan umur!
Waktu Operasi:
Hujung Minggu (Jumaat- Ahad) dibuka dari pukul10 pagi sehingga 6 petang (rehat 1 tengah hari- 2)
2. Donut Boat Ride
Nikmati satu permandangan panaromaik melusuri tasik yang terbentang luas dengan Donut Boat Ride! Jadi memori dating yang pertama pun manis juga ni guys!
Rate Type | Harga | Tempoh Masa |
---|---|---|
Published Rates | RM35 (Per Couple), RM10 additional per person | 25 Min |
GL Friends | RM31.50 (Per Couple), RM9 additional per person |
Waktu Operasi:
Hujung Minggu (Jumaat- Ahad) dibuka dari pukul10 pagi sehingga 6 petang (rehat 1 tengah hari- 2)
3. Horseback Riding
Khas untuk korang yang sukakan aktiviti yang mencabar, korang boleh ,menunggang kuda sejauh 1.5 km laluan hutan ditemani pakar 3Q Equestrian Centre! Hanya dicaj RM 180 per person untuk 40 min punya ride melalui Garden Hills.
Nature Trail Horse Ride | ||
---|---|---|
Harga | Tempoh | Sesi |
RM180/per person | 40 minutes trail ride at Gardens Hills |
Sesi 1: 8.30am - 9.30am Sesi 2: 9.30am - 10.30am Sesi 3: 10.30am - 11.30am Sesi 4: 3.30pm - 4:30pm Sesi 5: 4.30pm - 5:30pm Sesi 6: 5.30pm - 6:30pm |
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi 017 255 9143.
4. Big Bucket Splash
Suka mandi manda di taman tema? Big Bucket Splash memang sesuai sangat untuk dinikmati bersama keluarga! Terdapat 4 slides yang gempak, kolam cetek yang sesuai untuk anak kecil, pistol air dan bermacam lagu!
Kanak-kanak | RM36 (MyKAD), RM48 (Non-MyKAD) | Sesi 1: 10am - 1pm Sesi 2: 2pm - 5pm |
Dewasa | RM10 (MyKAD), RM24 (Non-MyKAD) |
Setiap sesi ada limit untuk 100 pax sahaja, jadi korang perlu hubungi 03-6087 0469 untuk tempahan atau boleh klik the Big Bucket Splash website.
Waktu Operasi:
Setiap hari (kecuali Khamis): 10 pagi hingga 1 tengah hari; 2 hingga 5 petang
5. Stand Up Paddle
Ini pun salah satu aktiviti yang mencabar dan unik, mendayung sambil berdiri dan menikmati permandangan air terjun yang cukup memukau dan ditemani suasana matahari terbenam di Gamuda Gardens Central Park lake.
Harga | Tempoh Masa | Sesi |
---|---|---|
RM98/seorang | 2 hours | Sesi 1: 8:00am - 10:00am Sesi 2: 10:30am - 12:30pm Sesi 3: 4:00pm - 6:00pm |
Waktu Operasi:
Setiap Hari Sabtu dan Ahad, hanya tempahan awal
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi 016 202 2331 / 012 392 6238 atau klik www.outdoorgate.asia.
6. Adventure Playland
Terletak di tengah Central Park, Adventure Playland yang dipenuhi gelongsor dan buaian yang menyeronokkan! Selain tarikan untuk kanak-kanak, taman permainan ini juga sesuai untuk dewasa di mana korang boleh bermain zipline dan rock climbing yang menerujakan!
Waktu Operasi:
Setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam
7. Paws Playland
Paws Playland adalah satu ruang khas untuk tuan-tuan haiwan peliharaan untuk melepaskan haiwan belaan kesayangan korang bermain secara bebas! Terdapat beberapa peralatan untuk yang nak train pet korang jugak tau! Selain itu, ruang khas ini juga boleh ditempah untuk menjadi lokasi untuk sesuatu majlis macam birthday celebration dan sebagainya.
Waktu Operasi:
Setiap hari bermula 8 pagi sehingga 10 malam
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah