Putrajaya Bakal Meriah Dengan Festival Ramadan Dari 31 Mac-2 Mei

TARIKAN
March 15, 2022 - 06:05 PM


Ramadan tiba...Ramadan tiba...Ramadan tiba...

Umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 3 April ini dan ia bermakna bazar Ramadan juga bakal memulakan operasinya di seluruh negara.

Antara yang selalu mendapat perhatian dan kunjungan ramai pastinya bazar Ramadan yang ada di Putrajaya!

Tahun ini, Putrajaya bakal meneruskan penganjuran Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2022 kali ke-9.

FRP 2022 akan bermula pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan -- tiga hari lebih awal sebelum bermula Ramadan dan akan beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam.

Festival ini akan berlangsung di kawasan Dataran Putrajaya Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan bersebelahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).

FRP2022 dibahagikan kepada 4 komponen utama iaitu :-

1) Bazar Ramadan

Sebanyak 160 gerai akan dibuka dalam komponen Bazar Ramadan yang menjual juadah berbuka puasa bermula dari jam 3 petang hingga 8 malam di berhampiran MTMZA.

2) Anjung Syawal

Anjung Syawal menawarkan lebih 200 peniaga yang menjual barangan persiapan raya.

3) Kiblat Walk

Kiblat Walk pula terdapat 10 gerai jualan makanan dan minuman serta barangan kering.

4) Laman Iftar

Pengunjung boleh mendapatkan juadah berbuka di 16 gerai di Laman Iftar yang terletak antara perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Selaku penganjur Perbadanan Putrajaya (PPj) masih mengekalkan kaedah kawalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti penganjuran tahun lalu dengan menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Penguatkuasa PPj di pintu masuk.

Had maksimum pengunjung di bazar Ramadan adalah antara 1,000 hingga 1,500 individu pada satu-satu masa menggunakan pas masuk yang disediakan dengan peruntukan masa pembelian antara 15 hingga 30 minit.

PPj menyasarkan 500,000 pengunjung hadir ke festival kali ini bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif bagi mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan Ramadan di pusat pentadbiran kerajaan itu.

Sumber: Berita Harian

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah