Rindukan Alam Semulajadi? Taman Botani FRIM Buka Semula Mulai Esok
TARIKANOctober 01, 2021 - 06:03 PM
Korang yang rindu nak 'bersatu dengan alam', Taman Botani FRIM, Kepong bakal menerima kunjungan pelawat semula mulai 2 Oktober, esok!
Taman Botani FRIM, Kepong adalah antara lokasi pilihan warga kota Kuala Lumpur yang mencari tempat untuk beristirehat dekat dengan alam semulajadi.
Setiap hujung minggu pergi pusat membeli belah je pun bosan juga kan? Lepas ni boleh pergi ke Taman Botani Kepong untuk istirehat yang lebih tenang, dan sudah tentu kurang bergasak dengan orang lain dalam pandemik ni.
Pengunjung mula dibenarkan masuk dengan syarat-syarat berikut:
- Hanya individu yang lengkap vaksinasi (melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua) dan perlu
- menunjukkan bukti vaksinasi;
- Bilangan pejoging setiap satu masa: KBG (maksimum 200 orang) dengan sistem tagging;
- Kawasan yang dibenarkan: Hanya jalan berturap dan trek joging; dan
- Dilarang menjalankan aktiviti berkumpulan seperti taichi, zumba atau menggunakan pondok rehat.
Semua pengunjung perlu mematuhi semua SOP yang ditetapkan dan pastikan korang semua scan MySejahtera, dan suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah celsius.
Harga tiket seperti berikut:
- Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 / *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
- Kakitangan FRIM: RM 8
- Warga emas: RM 10 / *RM40
- Dewasa: RM 15 / *RM 40
- Caj tambahan untuk menara 50 meter (terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 / *RM10 (Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini).
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah