RUD Karting - Port Go-Kart Terbaru Di Johor
TARIKANMarch 23, 2021 - 03:03 PM
Terdapat pelbagai aktiviti yang rakyat Malaysia boleh lakukan sekarang ni seperti hiking, bersukan, berkayak, dan macam-macam lagi la. Salah satu aktiviti yang digemari ramai adalah bermain Go-Kart. Dan kalau korang duduk di Johor, memang sangat beruntung kerana ada satu port Go-Kart baru dibuka di Nusajaya iaitu RUD Karting.
Hanya terletak 20 minit dari Johor Bahru, lokasi ini telah mendapat tumpuan peminat Go-Kart di Johor.
Ia juga mempunyai cafe tersendiri yang menghidangkan makanan tempatan dan Western untuk pelanggan yang ingin mengisi perut mereka. Harga untuk bermain di RUD Karting ini pula tidaklah semahal yang disangkakan, bermula pada RM55 sahaja.
Trek di sini pula memang sesuai untuk golongan profesional kerana ianya sepanjang 840m dan mempunyai 16 pusingan dan 130m jalan lurus. Bukan tu je, jalan di sini juga telah diberi coating double layer A10 premix yang membolehkan pemandu belajar teknik yang betul di lokasi ini. Tak perlu ada lesen memandu pun nak cuba drive di tempat ni.
Ada 3 jenis kart yang korang boleh sewa dari berdasarkan keperluan dan bilangan pemandu.
- Basic Kart - RM55
- Advance Kart - RM75
- Twins Kart - RM 70 (2 pemandu)
Kalau nak dapat harga diskaun pula, korang bolehlah pergi pada hari minggu dari pukul 2 hingga 6 petang. Bawa IC sekali ya untuk dapatkan harga:
- Basic Kart - RM135 (3 sesi)
- Advance Kart - RM170 (3 sesi)
- Twins Kart - RM160 (3 sesi)
Kami suggest untuk korang booking terlebih dahulu dengan pihak RUD Karting ni supaya mudah berurusan setibanya di lokasi nanti.
Alamat: PTD 200284, Persiaran Medini Sentral 6, Bandar Medini Iskandar, 79250 Nusajaya, Johor
Waktu Operasi: Isnin (4 petang hingga 12 pagi), Selasa hingga Jumaat (1 petang hingga 12 pagi), Sabtu dan Ahad (12 tengah hari hingga 12 pagi)
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah