Selepas Sebulan Ditutup, Kini Tasik Cermin Dibuka Semula Kepada Orang Ramai!

TARIKAN
January 21, 2022 - 04:00 PM


Selepas sebulan ditutup gara-gara insiden pengunjung terjun ke dalam tasik -- kini Tasik Cermin di Ipoh, Perak yang menjadi lokasi kegemaran pelancong kembali dibuka kepada orang ramai.

Bermula 15 Januari lepas, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah bersetuju untuk memberikan kebenaran Tasik Cermin beroperasi semula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari.

Ia selepas MBI berpuas hati dengan hasil siasatan insiden seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu pada 13 Disember lepas.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berharap agar kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.

“MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan menjadi antara produk pelancongan utama di bandaraya Ipoh,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tasik Cermin juga pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lepas atas faktor keselamatan.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah