Sungai Lembing Mines - Antara Lombong Biji Timah Yang Terbesar Dan Terpanjang Di Dunia
TARIKANNovember 10, 2020 - 12:37 PM
Sungai Lembing Mines telah wujud sejak tahun 1888 dahulu. Ianya terletak di Sungai Lembing dan merupakan sebuah peninggalan lama yang digunakan sebagai perlombongan biji timah oleh penjajah British satu ketika dahulu. Kalau korang teringin nak masuk lombong dan tengok macam mana rupa dari dalam, Sungai Lembing Mines ada membuat tour untuk pelancong yang datang.
Sungai Lembing Mines ni merupakan ladang biji timah ke-2 di dunia selepas lombong Cornwall di United Kingdom dari segi kepanjangan dan kebesarannya. Kepanjangan lombong ini mencecah 332km tau, tapi hanya sebahagian sahaja yang korang boleh tengok ketika melawat di sini. Kalau korang tengok ada dinding yang telah disimen cantik oleh pelombong pada zaman dahulu.
Untuk masuk ke lombong ni, korang akan menaiki kereta api kecil yang juga digunakan oleh pelombong zaman dahulu. Jangan risau, tak lama pun, hanya 100 meter sahaja. Untuk membuatkan korang rasa bagaimana pengalaman pelombong dulu-dulu. Lepas tu korang akan perlu berjalan 1km sambil menelaah info-info yang telah ditampal di dinding lombong ini.
Korang juga boleh tengok barang-barang dan peralatan yang digunakan untuk melombong biji timah zaman dulu. Terdapat juga beberapa patung yang diletakkan di lombong ini yang menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka. Dan korang jangan risau, kemudahan asas seperti toilet, parking, restoran, dan kedai cenderahati semuanya ada di sini.
Jadi kalau korang dah bosan dengan air terjun, mall, restoran, dan ingin merasakan sesuatu yang baru, bolehlah datang ke Sungai Lembing Mines di Pahang ni. Macam biasa, jangan lupa jaga SOP dan jaga penjarakan sosial 1 meter. Dan jangan lupa pakai mask juga. Untuk info lebih lanjut korang boleh pergi ke laman Facebook Sungai Lembing Mines.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah