Tak Perlu Pergi Jauh, Jom Lepak di Kaki Langit Kuala Kubu Bharu Layan Milky Way

TARIKAN
July 14, 2020 - 01:48 PM


Pernah tak berasa bosan dengan pengembaraan korang? Rasa macam semua tempat dah pergi, semua tempat seakan sama lalu semangat nak travel kian pudar. Ok situasi ini mungkin nampak pelik buat mereka yang normal, namun ianya tetap wujud terutama dalam kalangan pengembara tegar. 

Jika itu berlaku pada korang, apakata korang cuba buat sesuatu yang baru di luar kebiasaan anda. Selalu bila travel, korang just check in hotel, lepak bar, pergi muzium, jalan tepi pantai, ootd dekat mural, makan-makan. Tidakkah korang rasa benda tu boring dan terlalu normal? 

Antara kerja gila, kami pernah buat adalah keputusan fly ke Tromso dari Oslo secara spontan untuk mencari Aurora. Selama 4 jam driving di bahagian sempadan Artik Norway dan Finland yang mana waktu siang di situ hanya 1jam sahaja. Perjalanan mencari Aurora dalam suhu -23 darjah celcius. 

Memandangkan kita masih lagi dalam PKPP, korang tak perlu pergi jauh. Ini kerana, Kuala Kubu Bharu menawarkan satu pengalaman yang lain dari yang lain untuk anda. Trip ke Galaksi Bima Sakti!

Trip ini tidak akan jadi ohsem tanpa kehadiran jurugambar yang mahir dalam bidang astrofotografi. Kali ini, trip ke Kuala Kubu Bharu oleh team Vocket dan Putra Othman

Beberapa orang daripada kita memilih untuk mengembara jauh untuk merasai pengalaman melihat Galaksi Bima Sakti (Milky Way). Namun, siapa sangka langit di belakang rumah kita juga mampu untuk memberikan sesuatu yang ajaib.

Baru-baru kami menghabiskan masa selama hampir 8 jam di sekitar Kuala Kubu Bharu, kawasan yang terkenal dengan gunung ganang, sungai yang jernih, udara yang nyaman dan jalan untuk menuju ke Fraser Hill. Namun tidak semua tahu bahawa langit Kuala Kubu Bharu, mampu memberi anda satu pengalaman yang luar biasa.

Turut bersama kami, iaitu Putra Othman, lelaki berusia 28 tahun, mempunyai minat yang mendalam tentang ilmu astrofotografi. Dia telah membawa kami ke satu kawasan gelap di tepi jalan untuk mengambari langit Kuala Kubu Bharu dan rasai sendiri pengalam luar biasa berbumbungkan bintang-bintang.

Dia yang mempunyai minat dalam bidang fotografi telah mula meneroka ruang angkasa sejak 2013 dan semuanya berlaku dengan secara spontan, “Aku mula minat ambil gambar bintang waktu di Pulau Perhentian pada 2013, semua mula dengan random, aku keluar kamera, setting apa yang patut dan hasilnya buat aku mula teroka ruang angkasa sehingga sekarang,” katanya.

Buat anda yang mahu melihat hasil kerja Putra atau mahu belajar dengan dia cara-cara mengambil gambar astrofotografi, sila ke laman Instagram peribadinya, @putraothman.

Kuala Kubu Bahru terkenal dengan tempat hiking yang cantik dan terbaik. Untuk anda yang masih tertanya-tanya mahu hiking ke mana, sila klik pautan di bawah untuk melihat 10 lokasi treking dan hiking yang ‘best’ di Malaysia.

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah