Teringin Bercuti Di Genting Highlands? Anda Boleh Menginap Di Geo Resorts & Hotel!
HOTELOctober 26, 2021 - 03:18 PM
Mesti ramai yang tengah cari lokasi untuk staycation ataupun nak lari dari cuaca panas kebelakangan ini kan?Geo Resort & Hotel yang bertaraf 5 Bintang ini terletak di Genting Highlands dan sangat sesuai untuk anda! Memandangkan Genting Highlands jadi tumpuan ramai sejak dah boleh keluar rentas negeri, hujung minggu je mesti packed dan kemungkinan besar korang akan buang banyak masa stuck dalam traffic.
Lebih baik korang menginap di hotel ini sebab berdekatan dengan GPO (Genting Premium Outlet) dan juga Awana Cable Car! Dah dapat jimat masa and dapat explore Genting Highlands lama sikit. Selain itu, view dari hotel ini memang memukau sebab korang dapat tengok puncak Genting dan juga dikelilingi kabus yang sejuk dan nyaman.
Untuk kaki 'OOTD' atau korang yang suka tangkap gambar jangan risau sebab banyak jugak spot-spot yang menarik untuk korang isi feed instagram korang nanti!
Ada beberapa pakej penginapan yang ditawarkan antaranya ialah Premier Suite, Family Suite, Deluxe Room dan Superior Room.
Untuk mengetahui lebih lanjut: Klik Sini
Selain itu, terdapat 6 restoran yang tersedia untuk korang pergi mengisi perut ataupun minum petang! Bila lagi nak rasa minum teh sambil makan pencuci mulut berhadapan dengan puncak Genting kan? Jangan risau harga sangat berpatutan dengan servis yang mantap. Ada pelbagai menu yang mampu memuaskan taste buds korang baik western, italian mahupun asia!
- Steamboat berharga RM 89/ 1 pax
- Hi Tea berharga RM 98/ 2 pax Dine In, kalau untuk Take Away berharga RM 120/ 2 pax
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah