Unik Kerana Dilindungi 2 Teluk, The Taaras Beach & Spa Resort Alukan Tetamu Sepanjang Tahun Walaupun Monsun!

TARIKAN
September 08, 2020 - 06:06 PM


Kebiasaannya setiap kali menjelang hujung sehingga ke awal tahun, kesemua resort dan hotel di pulau peranginan negeri-negeri Pantai Timur akan ditutup berikutan musim monsun.

Bagaimanapun, kelebihan kerana dilindungi oleh 2 buah teluk menjadikan The Taaras Beach & Spa Resort muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan unik di Pulau Redang kerana berkemampuan untuk kekal beroperasi sepanjang tahun, sejak 2019.

Atau dalam kata lain, pelancong di Malaysia tetap boleh terus bercuti di Pulau Redang dan menginap di The Taaras Beach & Spa Resortmeskipun musim monsun berlaku mulai November hingga Februari saban tahun.

Untuk ke resort berkenaan, tetamu mempunyai pilihan sama ada ingin melakukan perjalanan lebih lancar melalui penerbangan terus.

Pada tahun ini, The Taaras Beach & Spa Resort menawarkan tiket penerbangan percuma menerusi pesawat Berjaya Air yang boleh ditempah sehingga 21 Februari 2021 sahaja.

Ini bermakna, tetamu boleh menginap di resort itu antara 16 Oktober 2020 sehingga 28 Februari 2021.

Menampilkan pantai yang disediakan khas untuk pengunjung yang terletak di Pantai Timur, mereka boleh memilih, sama ada untuk menginap selama 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam dengan melakukan perjalanan penuh bergaya dari Lapangan Terbang Subang ke Pulau Redang.

Terletak di tengah-tengah ciptaan paling semula jadi, berlantaikan pantai pasir putih, dikelilingi lautan jernih dan berlatarkan hutan hujan tropika -- resort ini menempatkan 158 suite dan bilik serta vila peribadi yang terletak dekat tebing dan dilengkapi lima bilik menghadap ke laut, termasuk resort bawah.

Dengan tawaran luar biasa ini, tetamu bakal menikmati pengalaman mempersonakan apabila berpeluang bersantai di perairan jernih bak kristal dan keputihan pasir pantai di tengah kehangatan layanan mesra bercirikan hospitaliti Asia.

Penerbangan langsung menawarkan pengalaman perjalanan lancar tanpa masalah apabila medium itu sudah pasti mengurangkan masa perjalanan ke Pulau Redang yang biasanya secara purata mengambil masa 4 jam dipendekkan hanya memakan masa sejam.

Tetamu juga akan menikmati keistimewaan, termasuk akses dan jamuan ringan di Naza SkyLounge, terletak di aras 1 Lapangan Terbang Subang, selain dibenarkan membawa bagasi daftar masuk seberat 15 kilogram (kg) dan elaun bagasi tangan 7kg setiap orang selain peluang memilih tempat duduk dan disajikan minuman ringan dalam pesawat.

Sebelum ini, resort berkenaan pernah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Pilihan Pengembara 2020 oleh TripAdvisor, meletakkan ia di kedudukan 10 teratas perniagaan hospitaliti seluruh dunia.

Bukan sahaja resort mewah, ia turut dilengkapi makmal Unit Penyelidikan Penyu Laut yang menyediakan maklumat mengenai aktiviti konservasi dan pendidikan untuk tetamu mengenai perihal makhluk bercengkerang itu.

Fasiliti penyelidikan itu diuruskan oleh sekumpulan saintis dan pembantu penyelidikan terlatih dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Usaha konservasi dan menyebar luas pendidikan mengenai penyu laut sejajar dengan kecintaan dan keprihatinan pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan khususnya terhadap hidupan penyu laut serta terumbu karang.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti sukan air dan darat seperti menyelam, snorkeling, berkayak, yoga pantai, pelayaran dan banyak lagi.

Malah terbaharu, The Taaras Beach & Spa Resort juga muncul viral apabila menjadi satu-satunya pulau di dunia yang memiliki gelanggang badminton terapung di lautan! Power, kan....

Untuk maklumat lanjut dan jika ingin membuat tempahan, anda boleh melayari laman web https://www.thetaaras.com/fly-me-away/your-flight-on-us.

Sumber: Berita Harian

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah