WOW! Ada Port 'OOTD' Baru Di Pulau Marina, Lumut

TARIKAN
August 02, 2021 - 09:41 PM


Ate kome semua pernah idak sampey ke Pulau Marina? Nanti pergi ler lepaih udoh habih PKP ni !

Kalau pergi ke Perak, selalunya destinasi kita mesti ke Ipoh, Lost Wolrd of Tambun tak pun Manjung. Tahu tak korang berdekatan Pulau Pangkor ada satu pulau didirikan di pantai Teluk Muroh di Perak, Malaysia.

Pulau yang dinamakan Marina Island ini terletak dari pintu masuk ke Pulau Pangkor dan Pangkor Laut. Ianya adalah tanah yang ditambak seluas 316.9 ekar, dihubungkan ke daratan dengan jambatan tambak 400 meter. 

Pelbagai aktiviti di sini boleh dilakukan di sini. Boleh scuba diving, kelas memasak, yoga dan taichi, kayak dan banyak lagi. Kalau ada keluarga boleh lah bawak melepak di tepi pantai. Di pulau ini mereka ada menyediakan 'Wedding Boat'. 

Seronoknya kan impian gadis-gadis dapat wedding of the year gitu di atas kapal ala Rose & jack!

Baru-baru ini, pihak pengurusan cuba menambah baik pulau ini dengan menambah satu tempat untuk 'instagrammer' ber OOTD.

Sumber & Kredit Gambar: Viral Perak, Marina Island

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah