Apa Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Pergi Hiking Di Bukit Bendera Penang
TRAVELMarch 16, 2021 - 11:45 PM
Sebut sahaja nama Bukit Bendera, hampir semua orang di Malaysia tahu mengenai lokasi ini. Tapi ramai lagi yang masih keliru dengan beberapa trek yang ada untuk pergi mendaki di lokasi ini. Jangan risau, kali ni min akan berkongsikan tips dan segala benda yang korang perlu tahu sebelum memulakan pendakian korang.
Terdapat beberapa trek/trail yang korang boleh pilih mengikut tahap kesukaran yang diingini, lokasi permulaan, dan tempoh pendakian.
1) Trek Warisan
Ini merupakan trail yang paling mudah dan terkenal dalam kalangan hikers. Ianya agak tersembunyi berdekatan dengan Penang Hill Funicular Train Lower Station. Trek ini memang pergi direct ke puncak dan ada banyak tangga untuk memudahkan mereka yang tak biasa hiking.
Tetapi trek ini juga masih lagi memberi cabaran. Kalau tak nak guna tangga, boleh mula dari Gua Kelawar.
Tapak Permulaan: Lower Station / Gua Kelawar (tiada tangga)
Tempoh Pendakian: 1 jam 15 minit
Jarak: 4km
Tahap Kesukaran: Normal
2) Trek Bukit Gantung
Pilih trek ini kalau korang inginkan pendakian yang lebih panjang. Trek ini juga mempunyai jalan yang agak stabil dan selesa, sangat sesuai untuk beginner. Malah ada juga kawasan rehat di Station 39 dan Station 84 di trek ini.
Tapak Permulaan: Tanah Perkuburan Bukit Gantung / Rifle Range Flats
Tempoh Pendakian: 2 jam 30 minit
Jarak: 7km
Tahap Kesukaran: Normal
3) Trek Jeep
Trek yang paling mudah di dalam senarai ini. Sememangnya tak memeningkan, tinggal nak daki je dengan menggunakan jalan di sini. Permulaan trek ini agak curam, namun ianya menjadi semakin mudah selepas 1km pendakian.
Tapak Permulaan: Taman Botani
Tempoh Pendakian: 1 jam 45 minit
Jarak: 5km
Tahap Kesukaran: Mudah
4) Trek MoonGate
Korang boleh guna trek ni sama macam Trek Jeep iaitu dengan melalui Taman Botani. Ianya agak terkenal dengan penduduk tempatan. Tapi trek ini agak mencabar dan mempunyai banyak laluan yang agak curam. Jadi korang yang stamina lemah tu slow-slow okay?
Tapak Permulaan: Taman Botani
Tempoh Pendakian: 2 jam 30 minit
Jarak: 6km
Tahap Kesukaran: Sukar
Untuk betul-betul sampai ke puncak Bukit Bendera, korang boleh pergi ke The Habitat. Terletak di atas hutan simpan sejak 1911 dan berusia lebih dari 130 juta tahun.
Jangan lupa untuk berjalan di Langur Way Canopy Walk sepanjang 230 meter dan Curtis Crest Tree Top Walk di mana korang boleh dapat pemandangan 360 darjah Pulau Pinang. memang sangat memukau dan cantik.
Berbalik kepada hiking Bukit Bendera, korang perlu tahu terdapat lebih dari 20 trek untuk mendaki di sini. So kalau korang nak tengok trek-trek lain yang rare, boleh tekan link ini. Have fun!
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah