Cadangan Tentatif Untuk Pegantin Berbulan Madu Di KL, Jom Selongkar!

TRAVEL
December 01, 2020 - 03:44 PM


Kesian pasangan yang baru berkahwin tapi tak boleh pergi honeymoon jauh-jauh. Kalau boleh pun keadaan ekonomi kita sudah pasti jadi satu halangan buat kebanyakan pasangan di luar sana.

Jadi, bagi pasangan yang baru berkahwin dan berada di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur, mesti korang rasa lepu dan bosan sebab honeymoon dekat bandar. Tapi, apa kata kami sediakan tentatif berbulan madu 2 hari 1 malam dengan dipenuhi aktiviti lain daripada yang lain. Malah harganya pun agak murah tau. 

 

Hari Pertama:

Pagi-pagi dalam korang boleh pergi ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM). Dekat sini korang boleh jogging, melihat burung beterbangan dan mendengar ciapan burung yang pelbagai bunyi, menunggang basikal, berkelah dan meneroka hutan. Banyak benda korang boleh buat. Cuba pergi baru tahu!

Lepas dah berpeluh berjalan-jalan dekat FRIM, pergilah check in mana-mana hotel yang mejadi pilihan korang tapi dari saranan pihak Rileklah, korang boleh ambil hotel Mercure Hotel Selayang sebab dah dekat dengan FRIM dan aktiviti lain juga. Bila check in, segarkan badan untuk makan pula.

Untuk makan tengah hari, Rileklak cadangkan pergi restoran Bistro A Table. Harga makanan tak dapat dinafikan memang agak mahal sikit tapi nama pun bulan madu jadi tak salah bawa pasangan dekat tempat makanan mewah. Lagipun, menu dekat sini menyajikan makanan diluar jangkaan kebiasaan.

Lepas makan, petang tu pergilah Taman Burung pula. Buka dari jam 9pagi sehingga 6 petang pada setiap hari dan masuk adalah terhad. Apa-apa telefon pihak sana dulu di talian 03 - 2272 1010.

Sebelah malam, rehat-rehatla dengan pasangan dekat hotel lagipun kumpul tenaga untuk aktiviti esok!

 

Hari kedua:

Pagi tu rilek-rilek la dengan pasangan dalam bilik hotel sampai waktu check out jam 12 tengah hari tu. Maklumlah, semalam kan dah kepenatan. Sarapan pagi pula, gunakan sebaik mungkin dari pihak hotel. Tengah hari tu lepas check out, bawalah pasangan makan dekat Atmosphere 360 di Menara KLCC. Best tau makan dekat sini, memang romantik habis sebab boleh makan sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari atas KLCC.

Lepas makan, petang tu buat je aktiviti santai-santai di Taman Rama-Rama KL. Di sini, korang boleh tengok 5000 spesis rama-rama yang hidup berterbangan serta tumbuhan dan haiwan eksotik. Malah, korang juga boleh lihat muzium rama-rama. Nak tahu apa ada dekat sana, pergi okay?

Bila dah habis pusing Taman Rama-Rama, akhir sekali bawa pasangan pusing Kampung Baru, KL dimana di sini adalah syurga makanan. Minta pasangan pilih kedai yang mejadi pilihan dia. Silap-silap memang rambang mata.

 

Happily Ever After!

Jadi itulah dia itenari untuk percutian honeymoon 2 hari 1 malam. Walaupun tidak semegah dan grand macam bercuti di pulau-pulau eksotik dan resort-resort mewah, sudah pastinya korang akan happy dengan kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di bandar Kuala Lumpur ni. Dan agak jimat duit in case korang nak travel ke tempat lain setelah keadaan kembali pulih seperti biasa. Have fun!

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah