Dah Mohon Refund Tiket AirAsia Tapi Belum Dapat Jawapan? Ini Cara Periksa Status Permohonan Anda!
TRAVELMarch 19, 2020 - 02:19 PM
Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.
Secara automatiknya, sebarang perjalanan keluar dan masuk sama ada melalui jalan darat, laut dan udara juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Mesti ramai antara korang yang juga para travellers terpaksa membatalkan tiket penerbangan masing-masing atau bertindak menunda tarikh penerbangan, memandangkan banyak pihak syarikat penerbangan yang menawarkan bayaran balik atau refund kepada pelanggan mereka.
Kalau korang antara yang telah membuat permohonan refund tiket penerbangan dengan AirAsia dan masih belum menerima sebarang keputusan, di sini ada beberapa cara untuk korang membuat semakan status bayaran balik tersebut.
CARA MENYEMAK STATUS BAYARAN BALIK TIKET AIRASIA
Anda juga boleh melihat status bayaran balik yang lebih terperinci dalam Kes Saya yang boleh diakses dengan mendaftar masuk ke Akaun Ahli BIG anda.
Harap maklum bahawa proses bayaran balik kami biasanya mengambil masa hingga 30 hari bekerja (tertakluk pada prosedur bank masing-masing).
Ilustrasi di bawah menunjukkan bagaimana pihak AirAsia memproses kes anda.
Sekiranya status bayaran balik menyatakan ia ditolak, ini bermakna anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam terma dan syarat pihak AirAsia.
Selamat mencuba!
Sumber: support.airasia.com
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah